Pergerakan Harga Di Awal Minggu Bercampur, EUR/USD Mendatar Sekitar $1.0600

93

Seperti yang dijangkakan penganalisis, pergerakan pasaran di awal minggu masih tidak menentu dengan US dolar mencatatkan keuntungan dan kerugian yang bercampur-campur.

Mata wang Euro berjaya memaparkan pengukuhan di sesi Eropah semalam ketika data tinjauan perniagaan di Jerman oleh IFO mencatatkan angka yang meningkat mengatasi ramalan.

Namun, Euro gagal mengekalkan momentum positif apabila dagangan yang bersambung ke awal sesi New York kembali menyaksikan pengukuhan dipamerkan oleh US dolar.

Pun begitu, US dolar menutup dagangan penghujung sesi dengan suram semula apabila penyusutan nilai kembali dinilai oleh pasaran.

Jika diteliti pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga pada mulanya yang memulakan dagangan pada pembukaan sesi Asia sekitar zon 1.06000 kemudiannya telah membuat kenaikan ke paras sekitar 1.06570.

Namun, harga kembali susut semula sekitar 80 pips dan akhirnya menutup dagangan penghujung sesi New York di sekitar 1.06000 semula.

Walaupun masih tidak menunjukkan arah yang jelas, namun harga yang bergerak di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD tersebut melihatkan kecenderungan harga untuk menyambung penurunan di samping jangkaan pengukuhan lanjut US dolar ekoran komen hawkish Federal Reserve (Fed).

Sekiranya harga menjunam rendah di bawah 1.06000, harga bakal menuju ke zon tumpuan sekitar 1.05000 dengan jangkaan bakal ada reaksi menarik harga di sekitar tersebut.

Tembus lebih rendah, harga berkemungkinan boleh mencecah sehingga ke zon 1.04000.

Sebaliknya, jika zon 1.06000 tetap berdaya menahan kejatuhan harga, kenaikan harga semula boleh berlaku untuk harga kembali menuju ke zon rintangan 1.07000 yang diuji pada minggu lalu.

Melepasi ketinggian tersebut akan mencatatkan rekod tertinggi yang baru untuk tempoh dagangan 6 bulan dengan sasaran seterusnya adalah sekitar 1.08000.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat