Pergerakan Matawang Utama Perlahan – Ini Sentimen Terkini Sesi Pasaran Asia

451

Permulaan awal minggu dagangan sesi Asia hari ini menyaksikan kebanyakkan bank pusat utama ditutup bersempena ‘Easter Holidays’, sementara sentimen pasaran masih dipengaruhi oleh perkembangan mengenai krisis pandemik coronavirus.

Jumlah pandemik global telah mencecah 1.85 juta kes, manakala angka kematian pula meningkat kepada 114,221 nyawa. Jumlah kematian di Amerika Syarikat kini telah mendahului Itali dan Sepanyol dengan mencatatkan 22,115 korban.

Sementara itu, kes jangkitan di tanah besar China kembali mencatat peningkatan iaitu sebanyak 108 kes dan 2 kematian baru telah disahkan pada 12 April, yang mana 98 kes daripadanya melibatkan pelancong dari luar negara.

Permintaan terhadap matawang USD menyusut berikutan para pelabur beralih kepada pasaran ekuiti susulan pengumuman terbaru Federal Reserve AS (Fed) mengenai pelan pakej rangsangan yang menyasarkan pinjaman kepada kerajaan dan perniagaan yang bernilai $2.3 trilion.

Sementara itu mengikuti perkembangan di Eropah, matawang pound kembali mempamerkan peningkatan selepas Perdana Menteri UK Boris Johnson dilaporkan telah keluar daripada hospital dan akan meneruskan proses pemulihannya di rumahnya pada Ahad.

Dalam pada itu, euro diniagakan menyusut selepas mencatat peningkatan berikutan para menteri kewangan Kesatuan Eropah (EU), iaitu Eurogroup, telah bersetuju ke atas pakej bantuan rangsangan melalui Mekanisme Kestabilan Eropah (ESM) yang bernilai €540 bilion untuk menyokong negara anggota yang terjejas akibat COVID-19.

Selain itu, dolar Kanada diniagakan meningkat berbanding US dolar, disokong oleh kenaikan harga minyak berikutan Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan OPEC+ telah mencapai kesepakatan dalam menetapkan pengurangan pengeluaran minyak mentah sebanyak 9.7 juta tong sehari.

Di sisi lain, matawang komoditi seperti dolar Aussie dan New Zealand gagal memanfaatkan peluang daripada persetujuan yang dibuat OPEC dalam usaha untuk mengembalikan kestabilan harga minyak, berikutan dipengaruhi oleh kebimbangan terhadap permintaan komoditi global di tengah-tengah krisis pandemik yang masih belum mereda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat