Pergerakan Pasaran Pada Penghujung Minggu Perlahan

244

Pergerakan pasaran penghujung minggu dilihat perlahan dengan keputusan mesyuarat polisi bank pusat utama semalam tidak menyumbang kepada pergerakan besar dalam pasaran.

Perkembangan rundingan dagang antara Amerika Syarikat dan China masih lagi dilihat berisiko dengan dua kenyataan pendapat yang berbeza oleh penasihat White House. Larry Kudlow memberikan bayangan bahawa ketegangan rundingan semakin reda dan menunjukkan perkembangan yang baik pada proses rundingan.

Sementara, berbeza pula kenyataan yang dikemukan oleh Michael Pillsbury apabila menyatakan Presiden AS Donald Trump berkemungkinan akan menaikkan tarif lebih tinggi jika tiada perjanjian dicapai dalam masa terdekat.

Untuk data domestik di Amerika Syarikat, kadar jualan rumah sedia ada, indeks perkilangan Fed Philadelphia serta tuntutan pengangguran mingguan kesemuanya mencatatkan bacaan yang mengatasi jangkaan pasaran.

Federal Reserve pada keputusan mesyuarat FOMC telah memutuskan kadar faedah diturunkan ke paras 2.00%. Namun, tiada gambaran pelonggaran polisi diberi oleh bank pusat dan dengan itu mengurangkan jangkaan dovish pasaran sebelum ini.

Ucapan oleh cawangan Federal Reserve di New York, Presiden John Williams serta Eric Rosengren di Boston akan menjadi tumpuan pelabur hari ini bagi mendapatkan petunjuk penetapan dasar bank pusat untuk mesyuarat seterusnya.

Pound Sterling pada sesi Eropah masih kekal meneruskan pengukuhan mencecah paras tertinggi dua bulan berbanding dolar USD ekoran kenyataan optimis oleh Presiden Suruhanjaya Eropah, Jean-Claude Juncker dengan menjangkakan perjanjian Brexit mampu dicapai menjelang 31 Oktober nanti.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat