Pergerakan Pasaran Tukaran Matawang, Emas dan Minyak Mentah Dalam Pasaran Asia

48

Forex

Matawang US dolar didagangkan rendah berbanding matawang lain pada hari Selasa dalam sesi dagangan Asia berikutan tumpuan pada ucapan ahli Fed dengan disertai oleh penasihat kewangan US dan risiko perdagangan di Semanjung Korea.

US dolar mencatat bacaan 111.24 berbanding yen dalam sesi dagangan Asia dengan kejatuhan sebanyak 0.02%. Manakala AUD mengukuh sedikit sebanyak 0.01% kepada 0.7603 berbanding US dolar.

  • Diplomat Jepun memberi amaran bahawa signal radio dapat mengesan ujian pelancaran peluru berpandu Korea menghampiri kawasan Jepun menyebabkan permintaan harga emas naik.
  • Berdasarkan laporan, ujian peluru berpandu itu mungkin akan berlanjutan.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain jatuh sedikit 0.02% kepada 92.83 dalam sesi dagangan Asia pada hari Selasa setakat jam 11.45 pagi.

  • Tumpuan pasaran pada ucapan ahli-ahli FOMC dan kemajuan pelan reformasi cukai Trump.
  • Trump dijangka akan bertemu dengan Senat Republik pada hari ini.

Minyak

Harga minyak jatuh dalam pembukaan sesi dagangan Asia pada hari Selasa.

Minyak mentah WTI (West Texas Intermediate) bagi kontak penghantaran Disember jatuh sebanyak 0.64% kepada $57.74 setakat jam 11.45 pagi.

Minyak Brent pula yang didagang ICE Future Exchange di London jatuh sebanyak 0.35% kepada $63.16 setongsetakat jam 11.45 pagi.

  • Kejatuhan ini didorong oleh sentimen ketidakpastian terhadap lanjutan perjanjian pemotongan minyak oleh pengeluar minyak utama.
  • Terdapat ketidakpastian bahawa Rusia akan turut ikut serta terhadap lanjutan pemotongan harga minyak.
  • Selain itu, jangkaan pasaran bahawa akan terdapat peningkatan pengeluaran berikutan saluran minyak Keyston akan mula beroperasi.
  • Menurut kenyataan TransCanada Corp bahawa mereka akan mula beroperasi dan mengeluarkan kembali 590,000 tong minyak setiap hari.

Emas

Harga emas naik dalam pasaran Asia pada hari Selasa, berikutan tumpuan pasaran pada ucapan ahli-ahli FOMC termasuk penasihat kewangan U.S. Selain itu turut mendorong kenaikan harga emas ialah sentimen uji coba peluru berpandu oleh Korea Utara.

Pasaran hadapan emas bagi bulan Disember di Comex NYMEX naik pada awalnya sebelum jatuh sebanyak 0.07% kepada $1,293.55 per auns setakat jam 11.45 pagi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat