Pergh! Shiba Inu Bakal Meroket Ke Paras $0.01?

3,898

Kemunculan ‘DogeKiller’ Shiba Inu masih menjadi trend terbaru dalam pasaran matawang kripto.

Menurut laporan, seorang pelabur kripto membeli hampir 200 bilion token Shiba pada Oktober 2020 dengan harga hanya $17 dan ketika pasaran meningkat, beliau menghasilkan keuntungan hampir $6.5 juta daripada token tersebut.

Baru-baru ini, Shiba Inu coin telah tersenarai dalam beberapa exchanger seperti Brexily, HitBTC, Kriptomat dan juga Satoexchange.

Apa yang lebih menggemparkan, Meek Mill, seorang penulis lirik dan Rapper Amerika yang terkenal telah berminat dengan Shiba Inu coin melalui satu tweet yang ditulisnya.

Meek Mill adalah penggemar Dogecoin yang pernah mempunyai 92,411 DogeCoin dalam portofolio beliau yang bernilai sekitar $53,000. Kini beliau pula beralih kepada Shiba Inu. Tak mustahil juga kemungkinan akan ada pelabur-pelabur besar yang bakal menerima Shiba Inu.

Ekoran itu, pergerakan harga pada carta matawang kripto SHIB/USDT menjadi kerisauan para pelabur. Harga kekal bergerak lemah dan masih gagal menembusi zon rintangan $0.000012 setelah diuji beberapa kali.

Situasi semasa terus menggusarkan para pelabur Shiba Inu yang sebelum ini menjangkakan untuk mata wang kripto digelar ‘DogeKiller’ ini mencapai paras $0.01. Jika penurunan berterusan, akan membuatkan harapan pelabur semakin suram.

Pergerakan harga pada minggu lalu dilihat berada dalam situasi mendatar di zon support $0.00000600-$0.00000900 yang menyokong harga daripada jatuh lebih rendah dengan pelabur SHIB meletakkan harapan tinggi untuk harga meneruskan kenaikan semula.

Penganalisa pasaran kripto menjangkakan kenaikan yang tinggi bakal berlaku jika melepasi zon SBR (support become resistance) $0.000012-$0.000015, tambahan pula jika disokong pembelian daripada pelabur-pelabur besar.

Pada masa penulisan, Shiba didagangkan sekitar $0.00000825 membuat kenaikan lebih 30% untuk tempoh 3 hari berturut-turut.

Lihat gambar carta harga SHIB/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat