Perhatian! Ini Sebab HBAR Bakal Tembus Harga $1!

221

“Adakah ini peluang HBAR untuk bersinar selepas lama mendatar?”

Mata wang kripto Hedera (HBAR) yang bersandarkan teknologi Hashgraph melihat prestasi memberangsangkan walaupun pasaran secara berterusan mengalami kejatuhan drastik sejak tahun 2022.

Buktinya, bilangan transaksi HBAR sepanjang 2022 adalah sebanyak 530 juta berbanding tahun sebelum yang hanya terdapat 769,000 transaksi.

Dilaporkan bahawa bilangan pengguna aktif dan pembukaan akaun baharu susut sedikit selepas mencapai paras tertinggi sepanjang masa pada suku ketiga namun jumlah pemindahan HBAR lonjak 123% dan bilangan transaksi raih 70% pada suku keempat.

Selain tubuhkan perniagaan Zoop, Clout.art dan Numbers & RoadCode, pelancaran syarikat exchanger decentralized dan protokol DeFi seperti Stader, HeliSwap dan Bubbleswap telah menyebabkan Total Value Locked (TVL)* HBAR lonjak hampir $75 juta pada suku keempat 2022.

*Ukuran jumlah nilai semua aset yang dikunci ke dalam protokol DeFi

Pergerakan harga HBAR didapati melonjak sebanyak 75% dalam tempoh 30 hari lalu melepasi paras $0.0804 namun susut semula sekitar 6% dalam masa tujuh hari lalu, di mana kini berlegar pada sekitar $0.0647 dalam tempoh 24 jam terakhir.

Sebagai rekod, harga HBAR mampu mendaki menembusi $0.0853 malah hingga ke paras $0.10 sekiranya Federal Reserve (Fed) Amerika Syarikat (AS) bertindak mengurangkan kenaikan kadar faedah.

Dalam pada itu, HBAR turut dijangka akan canak hingga ke paras harga $1 apabila mereka mengumumkan ahli majlis pentadbiran ke-28 dan sertakan nama penting baharu selain syarikat gergasi seperti Google, Boeing, LG, IBM dan Nomura yang sudah berada dalam pasukannya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat