Perjanjian Dagang UK-EU Boleh Musnah Bila-bila Masa Sahaja?

322

Ketidaksepakatan antara UK dan Kesatuan Eropah (EU) dalam perjanjian perdagangan masih di jalan buntu walaupun setelah perbincangan kedua pihak dijalankan minggu lalu.

Menteri Luar Ireland, Simon Coveney memberi amaran bahawa perjanjian dagangan UK dan EU boleh musnah disebabkan pertikaian dalam protokol Ireland Utara.

Ini susulan jangkaan yang semakin meningkat bahawa Britain sedang bersedia untuk mencetuskan Artikel 16 Protokol Ireland Utara, yang memungkinkan kedua-dua pihak menangguhkan perjanjian tersebut jika ia menimbulkan kesan negatif.

Ekoran daripada itu, Coveney mengatakan bahawa EU boleh menamatkan Perjanjian Perdagangan dan Kerjasama sebagai tindak balas.

Ireland Utara kini dilindungi oleh perjanjian khas Brexit yang dikenali sebagai protokol yang mengekalkan negara itu dalam pasaran tunggal EU untuk barangan, di mana ia menghalang pemeriksaan sempadan yang ketat dengan Ireland dan membenarkan perdagangan bebas bersama EU.

Bagaimanapun, ia juga mewujudkan sempadan perdagangan antara UK dengan Ireland Utara, yang menyebabkan kesukaran bagi sesetengah perniagaan.

EU telah mencadangkan perubahan operasi dalam protokol tersebut, tetapi Britain mahukan perubahan yang lebih meluas menyebabkan Brussels enggan menerima tuntutannya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat