Perkembangan Terkini Matawang Pound, Euro, Yen dan US Dollar Yang Semua Trader Perlu Tahu!

110

US Dollar merosot berbanding Pound dan Euro, namun meningkat berbanding Yen dalam penutup sesi New York semalam. Kebanyakan trader dilihat sedikit cemas sementara menanti hasil keputusan mesyuarat semakan dasar yang akan berakhir 14 Disember ini.

USD/JPY, 30 minit

EUR/USD mula melonjak apabila pelabur di Itali mula bertindak balas sejurus selepas pengumuman pelan penyusunan semula berikutan berita mengenai pilihanraya di sana.

EUR/USD, 30 minit

Dalam masa yang sama, data inflasi yang semakin meningkat terus menyokong matawang GBP/USD.

GBP/USD, 30 minit

Semalam, US Dollar sedikit terancam apabila Senator Pemimpin Majoriti Amerika Syarikat iaitu Mitch McConnell mengeluarkan kenyataan bahawa rancangan pemotongan cukai yang dirancang sebelum ini hanya akan memberi kesan neutral kepada ekonomi, dan langsung tidak memberi kesan kepada defisit negara. Kebanyakan ahli ekonomi juga seakan bimbang bahawa manfaat pemotongan cukai tersebut tidak dilaksanakan seperti yang dirancang.

Sebaliknya, menurut Art Laffer dari Majlis Ekonomi White House semasa ditemubual di Fox News, beliau mengatakan bahawa rancangan pemotongan cukai oleh Trump akan membawa turun kadar cukai syarikat sebanyak 35% kepada 15%. Hal ini juga dijangka akan membawa ekonomi AS menjadi bertambah pesat.

13,730 Pekerja di Singapura diberhentikan, Tertinggi Sejak Tahun 2009

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat