Permintaan Emas Terus Jatuh Pada Awal Sesi Asia Minggu Ini

50

Harga emas jatuh pada sesi Asia hari Isnin dengan dolar meneruskan pengukuhan selepas kemenangan Shinzo Abe dalam pilihan raya semalam, menjadi petunjuk kepada penurusan pelonggaran dasar bank pusat.

Pasaran hadapan emas bagi bulan di Disember di Comex NYMEX jatuh 0.21% atau $2.73 kepada $1,277.39 per auns pada jam 11.58 pagi.

Emas mula ditekan pada hari Jumaat lalu selepas pelan pembaharuan kod cukai Trump melepasi halangan kritikal dengan seluruh ahli senat Republik bersetuju pada bajet yang dibentangkan, sekali gus mengukuhkan US dolar pada akhir sesi dagangan minggu lalu.

Walau bagaimanapun, rang undang-undang reformasi cukai belum lagi dikeluarkan. Oleh itu, sebahagian penganalisi memberi amaran bahawa perjalanan agenda White House ini masih lagi jauh.

Pasaran emas sensitif dengan perubahan dolar. Greenback yang mengukuh menyebabkan emas lebih sukar untuk dimiliki oleh pemilik matawang asing yang lain kerana harga yang tinggi.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain tutup di paras 93.58 pada hari Jumaat, naik 0.67% sepanjang minggu lalu. Penganalisis menjangkakan dasar fiskal US akan membantu menolak inflasi dan menambahkan tekanan kepada Fed untuk menaikkan kadar faedah sekali lagi.

Antara berita penting pada minggu ini adalah hasil keputusan penetapan dasar dalam mesyuarat Bank Pusat Eropah (ECB) bulan ini. Keputusan ini akan diteliti bagi melihat bagaiman perlaksanaan mereka untuk mengurangkan ransangan ekonomi melalui pembelian bon.

Selain itu, pasaran juga akan menumpukan pada bacaan pertumbuhan awal GDP US  bagi suku tahun ketiga bagi melihat impak ribut taufan ke atas aktiviti ekonomi dan kesan terhadap pandangan dasar monetari bank pusat.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat