Permintaan Minyak China Dan India Meningkat, Menolak Harga Lebih Tinggi

317

Harga minyak sedikit meningkat pada hari Isnin dengan peningkatan permintaan minyak di Asia mengurangkan kebimbangan terhadap lebihan bekalan minyak di kawasan Timur Tengah dan US.

Pasaran hadapan Brent didagangkan pada paras $57.83, naik 9 sen atau 0.14% setakat jam 4.13 petang.

Minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) pula naik 30 sen kepada $52.14 atau 0.58%.

Penganalisis daripada Rivkin Sekuriti, William O’Loughlin berkata, “Harga minyak semakin stabil di atas $50, disokong oleh kemungkinan berlakunya ganguan bekalan di kawasan Kurdish Iraq”.

“Pengeluaran US juga terganggu dengan taufan yang berlaku sejak beberapa bulan yang lalu, dan angka penggalian minyak US turut menyusut untuk tiga minggu berturut-turut”, tambah beliau.

Berdasarkan laporan syarikat perkhidmatan tenaga Baker Hughes, jumlah pengeluaran penggalian minyak US jatuh kepada 736 pada minggu yang berakhir pada 20 Oktober, paras terendah sejak Jun yang lalu.

Di Asia, permintaan semakin meningkat terutamanya di kawasan China dan India, pengimport minyak utama pertama dan ketiga dunia. Purata permintaan minyak di China daripada Januari dan September melonjak ke paras 8.5 juta tong sehari (bdp).

“Tiga faktor penting yang memacu permintaan minyak mentah daripada China, pengeluaran domestik yang jatuh, peningkatkan akeses import dan eksport badan penapisan bebas dan pembinaan rizab strategi petroleum,” kata Barclays Bank Britian.

Permintaan di India turut menunjukkan hal yang sama dengan hasil import minyak mentah merekodkan peningkatkan kepada 4.83 juta tong sehari (bdp) pada bulan September selepas kebanyakkan kilang penapisan minyak meneruskan operasi mereka selepas penyelenggaraan besar-besaran bagi memenuhi permintaan pasaran domestik.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat