Permintaan Minyak China Merudum, USD/CAD Bakal Teruskan Kenaikan Lebih Tinggi

300

Matawang dolar Kanada terus diniagakan lemah berbanding US dolar bersambung pada awal Februari berikutan kemerosotan pada pasaran minyak mentah global.

Harga minyak mentah terus mencatatkan penurunan ekoran permintaan dari China jatuh sekitar 20% daripada jumlah penggunaan disebabkan oleh penularan wabak Coronavirus.

Firma berskala besar khususnya syarikat penerbangan utama dilaporkan telah menghentikan operasi di negara tersebut.

Negara-negara pengeksport petroleum (OPEC) akan bermesyuarat pada minggu ini di Vienna bagi membincangkan isu ancaman virus China yang menjejaskan pasaran minyak mentah.

Pergerakan harga pada carta pasangan matawang USD/CAD masih meneruskan kenaikan ke paras lebih tinggi sejak Disember 2019.

Harga yang berlegar di sekitar paras 1.32400 hari ini dilihat menyambung kenaikan pada sesi Eropah untuk melepasi paras ketinggian yang dicapai minggu lalu.

Harga bakal menuju ke paras 1.32700 untuk menguji zon SBR (support become resistance) untuk mencatatkan paras ketinggian terbaru tahun ini.

Kenaikan yang diteruskan mampu mencapai paras resistance pada dagangan November 2019 di ketinggian harga 1.33200.

Namun jika harga kembali membuat penurunan semula, harga akan cuba melepasi paras sokongan Moving Average 50 (MA50) sebelum menuju zon RBS (resistance become support) pada 1.32000.

Penurunan lebih rendah akan menuju zon RBS yang lebih rendah sekitar paras 1.31600.

Lihat gambar carta pasangan matawang USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat