Permulaan Dagangan Minggu Ini Disokong Oleh Pandangan Yang Negatif Pelabur Terhadap Mesyuarat FOMC Awal Pagi Khamis Ini

612

Bermula pasaran minggu ini, indeks Prestasi Perniagaan NZ di New Zealand turun kepada 53.8 pada bulan Februari 2019 daripada lapan bulan tertinggi pada 56.2 pada bulan sebelumnya. Namun Kiwi masih diniagakan tinggi berikutan perasaan pasaran yang positif.

Manakala Yen antara matawang terlemah sejak sesi Asia dalam sentimen pasaran yang risk-on dan data domestik Jepun yang perlahan di mana sektor pengeluaran perindustrian merekodkan kejatuhan untuk bulan ketiga berturut-turut.

Aussie pula menggunakan peluang sebaik mungkin dalam pasaran risk-on dengan mengukuhkan momentum nilai dagangannya ditambah lagi dengan sokongan kenaikan harga bijih besi yang merupakan komoditi eksport utama bagi Australia.

Seterusnya, pasaran Eropah hari ini dibuka dengan sentimen yang positif selepas agensi berita Xinhua mengatakan China dan Amerika Syarikat sedang membuat kemajuan yang positif dalam perjanjian perdagangan.

Matawang Euro mencecah paras tertinggi sejak dua minggu berbanding Dolar AS atas faktor kelemahan prestasi USD menjelang mesyuarat FOMC minggu ini yang dijangka dovish.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat