Pertama Kalinya! AS Berpaling Tadah, Sokong Gencatan Senjata Rafah Di PBB

368

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin menyokong cadangan oleh Presiden Joe Biden untuk laksanakan gencatan senjata antara Israel dan Hamas di Semenanjung Gaza.

Hamas dalam kenyataannya menyetujui perjanjian bagi menamatkan perang selama lapan bulan dan mengalu-alukan resolusi yang digubal oleh Amerika Syarikat.

14 ahli Majlis Keselamatan PBB kecuali Rusia mengundi sokongan resolusi rancangan gencatan senjata untuk sesi ketiga yang dibentangkan oleh Biden pada 31 Mei lepas. Tujuannya adalah sebagai inisiatif terakhir untuk Israel segera bersetuju dengan undang-undang dunia.

Linda Thomas-Greenfield, wakil Duta AS di PBB menyokong gencatan senjata buat pertama kalinya sebagai sokongan terhadap krisis kemanusiaan di Rafah. Resolusi menyatakan bahawa Israel telah menerimanya dan menyeru kedua-duanya melaksanakan sepenuhnya tanpa berlengah-lengah.

Selain itu, Algeria yang merupakan satu-satunya wakil negara-negara Arab menyokong resolusi itu dan percaya usaha tersebut dapat membawa ke arah gencatan senjata yang berkekalan.

Dalam resolusi itu, rundingan itu mengambil masa lebih lama sekurang-kurangnya enam minggu pada fasa pertama dan ia perlu diteruskan pada rundingan seterusnya.

Walau bagaimanapun, resolusi tersebut belum cukup lengkap bagi pihak pentadbiran Putin. Duta Rusia di PBB, Vassily Nebenzia berkata majlis dunia telah menetapkan satu keputusan yang tidak jelas tetapi itu tidak bermakna mereka menolak sokongan sepenuhnya resolusi itu.

Namun, wakil Israel iaitu Gilad Erdan dalam majlis itu memilih untuk tidak menyampaikan apa-apa ucapan. Diplomat kanan Israel, Reut Shapir Ben Naftaly memberitahu bahawa matlamat ketenteraan mereka di Gaza sentiasa jelas.

Katanya lagi, Israel komited dengan matlamat membebaskan semua tebusan dan memusnahkan ketenteraan Hamas supaya mereka tidak menimbulkan ancaman kepada Israel pada masa akan datang. Beliau menuduh mereka adalah penyebab kenapa perang masih berlanjutan.

Pada Mac, PBB menuntut gencatan senjata dan menuntut Hamas untuk membebaskan semua tebusan yang ditahan. Hasil rundingan yang menetapkan Mesir dan Qatar sebagai pengantara ternyata gagal.

Sepanjang konflik itu berlangsung, lebih 37,000 rakyat Palestin telah terbunuh dan dan kira-kira 100 tebusan dipercayai masih ditawan di Gaza.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat