Data tinjauan PMI komposit zon Eropah mencatatkan kejatuhan kepada 51.3 pada April 2019 daripada 51.6 pada bulan sebelumnya dan di bawah jangkaan sasaran sebanyak 51.8. Ini merupakan bacaan paling perlahan dalam sektor swasta dalam tempoh 2 bulan dan terendah sejak November 2014. Ini merupakan rumusan daripada tinjauan:
Pesanan eksport baru menurun dengan ketara.
Kerja-kerja tertangguh (backlogs) berkurang.
Kadar penciptaan pekerjaan meningkat sedikit tetapi masih kekal antara yang terendah sejak 2016.
Indeks harga barangan (input) meningkat.
Indeks harga barangan (output) paling perlahan sejak 20 bulan.
Keyakinan sentimen di zon Eropah merosot untuk bulan kedua berturut-turut sejak Januari.