Pertumbuhan GDP Kanada Catat Pertumbuhan Yang Perlahan Pada Suku Keempat 2019!

285

Ekonomi Kanada seakan-akan menunjukkan hampir tidak berkembang pada suku terakhir pada tahun 2019 berikutan kejatuhan dalam eksport dan pelaburan perniagaan sehingga menyebabkan pertumbuhan yang tercatat pada suku terakhir adalah suku paling lemah dalam tempoh tiga tahun.

GDP Kanada yang mengukur pengeluaran barangan dan perkhidmatan dalam ekonomi hanya mampu mencatat peningkatan sebanyak 0.3% pada suku keempat kepada 2.100 trillion dolar Kanada sebagaimana yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik Kanada.

Bacaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik Kanada ini adalah selari dengan jangkaan pasaran dan ramalan ekonomi yang dikeluarkan oleh Bank of Canada.

KDNK yang tercatat pada suku ketiga telah disemak semula kepada bacaan 1.1% pertumbuhan tahunan daripada anggaran 1.3% sebelumnya. Bacaan yang dicatat pada suku keempat adalah bacaan yang paling lemah dalam pengeluaran ekonomi sejak suku kedua tahun 2016 yang disebabkan kebakaran hutan menyebabkan penutupan kilang-kilang.

US dolar mencatat pengukuhan berbanding matawang dolar Kanada sebanyak 0.51% kepada paras bacaan 1.3456 setakat jam 10.10 p.m.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat