Pesuruhjaya CFTC Dakwa SEC Sebenarnya Tiada Hak Ke Atas Aset Kripto

1,531

Pesuruhjaya Commodity Futures Trading Commission (CFTC), Brian Quintenz semalam telah memuatnaik satu twit yang menarik perhatian komuniti kripto, di mana beliau menjelaskan mana-mana komoditi dan aset kripto sebenarnya di bawah bidang kuasa agensinya.

Secara jelasnya, SEC tidak memiliki hak terhadap sebarang komoditi atau tempat perdagangan mereka, tidak kiralah komoditi tersebut adalah gandum, emas, minyak, …. atau aset kripto.

Penjelasan Quintenz berkait rapat dengan kenyataan pengerusi Securities and Exchange Commission (SEC), Gary Gensler pada minggu ini tentang perundangan industri kripto setiap kali produk pelaburan dianggap sebagai sekuriti.

Gensler menegaskan bahawa perlindungan pelabur masih belum cukup apabila melibatkan aset kripto dan platform perdagangan yang digunakan. Ekoran daripada itu, beliau mengharapkan kuasa dan sumber tambahan untuk melindungi pelabur.

Bagaimanapun, sejak beberapa tahun lalu CFTC telah mengesahkan keseluruhan aset kripto termasuk Bitcoin (BTC) merupakan komoditi. Perkara ini jelas dinyatakan di laman web rasmi agensi tersebut: “Matawang maya seperti bitcoin telah ditentukan sebagai komoditi di bawah Akta Bursa Komoditi (CEA)”.

Malah pada Oktober 2018, Mahkamah Daerah Amerika Syarikat (AS) untuk Massachusetts telah memutuskan CFTC memiliki kuasa untuk mendakwa kes berkaitan penipuan kripto.

CFTC dan SEC telah bekerjasama menguruskan isu berkaitan perlindungan pengguna dalam pelaburan pengguna untuk tempoh yang lama.

Misalnya pada minggu lepas, Akta Perlindungan Pelabur dan Struktur Pasaran Aset Digital telah diperkenalkan di AS. Wakil Don Beyer telah menyerahkan kuasa berkaitan sekuriti aset digital kepada SEC dan CFTC berkuasa ke atas aset digital.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat