Petronas Terus Dapat Back-Up ‘Payung Emas’ Walaupun Saham Susut

219

‘Benda tengah best mesti ramai sokong, takut nanti bila susah ramai pulak yang dah tak suka.’

Laporan pendapatan suku ke-2 (Q2) Petronas Chemicals Group Bhd yang baik dilihat gagal membantu lonjakan sahamnya namun penganalisis tetap menyokong kaunter tersebut.

Difahamkan bahawa syarikat mencatat keuntungan bersih sebanyak RM1.87 bilion pada Q2 yang berakhir 30 Jun 2022 namun setakat penulisan berita ini sahamnya terus menyusut 1.49% pada RM8.57.

Akan tetapi penganalisis Kenanga Investment Bank dalam notanya terus menyuarakan sokongan terhadap syarikat dengan mengekalkan harga sasaran pada RM11.

Ulasnya, keputusan separuh pertama (H1 2022) Petronas berjaya memenuhi unjuran yang ditetapkan apabila harga produk memulih disebalik peningkatan harga minyak yang lebih tinggi.

Faktor tersebut mungkin diimbangi oleh penggunaan loji yang lebih rendah disebabkan aktiviti pemulihan dan penyelenggaraan.

Selain itu, MIDF Research mengulangi penetapan positifnya terhadap prestasi kewangan syarikat pada 2022 dalam notanya.

Jelas nota tersebut bahawa harga produk akan terus didorong oleh harga tenaga yang meningkat dan bekalan yang ketat.

Rentetan daripada itu, firma dilihat tidak mengubah sebarang ramalan pendapatan dengan mengekalkan status ‘beli’ pada harga sasaran RM11.93.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat