Petunjuk Awal Dari Data ADP Ini Buatkan Pasaran Optimis – Ini Sebabnya!

622

Laporan terkini menujukkan bahawa pertumbuhan gaji swasta meningkat pada kadar yang lebih pantas daripada apa yang dijangkakan pada bulan Jun berikutan didorong oleh pengambilan pekerja dalam sektor hospitaliti.

Sektor syarikat berjaya menambah 692,000 pekerjaan pada bulan Jun Angka ini jauh mengatasi ramalan pakar ekonomi yang mensasarkan sebanyak 550,000 pekerjaan ditambah. Walaubagaimanapun, jumlah itu menunjukkan penurunan dari 886,000 pekerjaan yang dicatat pada bulan Mei.

Dari sudut pandang industri, pengambilan pekerjaan terbesar adalah datang dari sektor perhotelan dan reakrasi yang mengambil sebanyak 332,000 pekerja. Sektor ini, yang merangkumi bar, restoran, hotel dan perniagaan lain yang berkaitan telah mendapat tempias yang paling teruk dari Covid-19 namun telah menunjukkan keuntungan yang paling besar semasa pembukaan semula ekonomi.

Perkhidmatan pendidikan dan kesihatan juga menunjukkan kenaikan yang kuat, meningkat sebanyak 123,000, sementara perdagangan, pengangkutan dan utiliti meningkat sebanyak 62,000 dan perkhidmatan profesional dan perniagaan menyaksikan pertambahan 53,000 pekerja.

Ketua ekonomi ADP Nela Richardson berpendapat bahawa petunjuk pekerjaan semakin kuat dengan pertambahan sebanyak 3 juta pekerjaan pada tahun ini walaupun masih belum mencapai tenaga kerja penuh yang dicapai sebelum penularan pandemik.

Laporan pekerjaan ADP menjadi indikasi awal untuk pemain pasraran dalam mendapatkan petunjuk awal mengenai data NFP yang akan dikeluarkan oleh Jabatan Tenaga Kerja pada hari Jumaat.

Ahli ekonomi mejangkakan data NFP akan meningkat sebnanyak 706,000 berbanding dengan bulan Mei yang catat 559,00. Kadar pengangguran diunjurkan turun ke 5.6% dari 5.8%.

Indeks US Dolar catat pengukuhan sebanyak 0.16% kepada paras dagangan 92.188.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat