Pfizer & BioNTech Lancarkan Percubaan Vaksin Omicron

668

Cucuk, cucuk, cucuk. Janji jangan ketagih vaksin sudah.

Pfizer dan BioNTech memaklumkan bahawa mereka akan memulakan percubaan klinikal untuk menguji versi vaksin baharu yang khusus untuk menentang varian Omicron Covid-19.

Syarikat tersebut sedang merancang untuk menguji tindak balas imun yang dijana oleh vaksin berdasarkan Omicron sebagai suntikan ke-3 pada orang yang tidak divaksinasi dan sebagai suntikan penggalak (booster shot) bagi orang yang sudah terima 2 dos vaksin asal.

Selain itu, mereka turut menguji keberkesanan dos ke-4 sebagai tambahan untuk dos asal dan dos ke-4 berdasarkan Omicron bagi orang yang sudah menerima dos ke-3 Pfizer/BioNTech pada 3 ke 6 bulan sebelum ini.

Dalam pada itu, syarikat tersebut merancang untuk mengkaji keselamatan dan toleransi suntikan kepada lebih daripada 1,400 orang yang didaftarkan dalam percubaan.

Sebelum ini, pihak Pfizer menyatakan 2 dos asal tidak mencukupi dalam melindungi daripada jangkitan varian Omicron dan perlindungan terhadap kemasukan ke hospital dan kematian mungkin berkurangan.

Namun, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (AS) melaporkan 3 dos vaksin mRNA seperti Pfizer/BioNTech telah menyediakan 90% perlindungan terhadap kemasukan ke hospital akibat Covid-19.

Sementara itu, ketua eksekutif BioNTech, Ugur Sahin, memberitahu bahawa pengawal selia mungkin tidak memerlukan ujian vaksin berasaskan Omicron pada manusia kerana ia dan Pfizer telah mencipta versi vaksin yang sedia untuk menyasarkan varian Alpha dan Delta yang lebih awal dengan ujian klinikal diteruskan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat