Pilihan Raya UK Semakin Hampir, GBP/USD Bakal Bergerak Lemah Minggu Ini?

348

Dengan kekurangan data ekonomi UK diterbitkan pada minggu ini, dagangan Pound Sterling akan terus digerakkan oleh perkembangan Brexit dan tinjauan pilihan raya UK.

Pilihan raya UK yang akan bermula pada minggu hadapan dijangka akan memberi tekanan terhadap Sterling ekoran pelabur mula berwaspada untuk mengurangkan risiko dagangan.

Turut menambah kerisauan pelabur apabila terdapat laporan kejadian serangan pengganas di London Bridge dengan dua terbunuh dan beberapa orang awam tercedera.

Jika diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan matawang GBP/USD, terhadap perbezaan jarak (gap) pembukaan harga pada sesi Asia pagi ini yang lebih rendah berbanding harga ditutup minggu lalu.

Sebelum itu, harga telah mencatatkan lonjakan lebih 50 pips pada sesi New York Jumaat lalu dan kemudiannya mendatar sehingga dagangan minggu lalu berakhir.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga bergerak mendatar sehingga bersambung ke sesi pasaran Eropah. Harga berlegar pada garisan Moving Average 50 (MA50) dengan julat pergerakan harga sekitar 20 pips sahaja.

Kenaikan lebih tinggi harga dilihat akan menguji paras ketinggian minggu lalu pada 1.29500 yang gagal ditembusi selepas harga melonjak dari zon support 1.28300 sebelum ini.

Sedikit lagi kenaikan lebih tinggi akan menguji pula zon resistance bagi dagangan November sekitar paras ketinggian 1.29700. Kenaikan seterusnya dijangka menuju paras tumpuan pada 1.30000.

Manakala jika harga cenderung membuat penurunan pula, harga bakal menguji paras terendah minggu lalu pada 1.28800.

Penurunan lebih rendah akan kembali semula menguji zon support 1.28300 yang masih gagal ditembusi sejak diuji dua minggu berturut-turut.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat