Platform Kripto Sama Fungsi Macam Bank?

287

Pendedahan sebenar selepas berlakunya fenomena ‘crypto crash’ memberi gambaran bahawa kebanyakan platform pertukaran kripto lebih mirip bank, kecuali platform seperti Celsius Network dan Voyager Digital.

Kini, platform pertukaran kripto memasarkan diri mereka sebagai platform untuk pengguna membeli dan menjual mata wang kripto. Namun begitu, mereka juga berfungsi sebagai broker saham, dan lebih membimbangkan model perniagaannya agak menyerupai perbankan.

Bursa tradisional seperti Bursa Saham New York jarang muflis disebabkan tidak membuat penawaran perkhidmatan akaun, jika muflis pelanggan tidak akan menghadapi sebarang kerugian. Manakala, firma pembrokeran seperti Wealthsimple boleh muflis, namun portfolio pelanggan akan dipegang atas nama pelanggan sendiri dan mungkin dipindahkan ke broker lain.

Kekurangan ketelusan dalam pasaran kripto menyebabkan eksekutif dan pemaju mudah dibuang kedudukannya sebelum menangguhkan pengeluaran. Setelah pelanggan sedar wangnya lesap, individu yang bertanggungjawab akan mengeluarkan wang dengan keuntungan yang kemas.

Pada peringkat mikro, platform kripto harus dikawal dengan cara yang sama seperti broker iaitu aset pelanggan harus dipegang secara berasingan, selamat serta peraturan yang jelas mengenai pendedahan risiko dalam dagangan firma itu sendiri.

Selain itu, aset kripto harus ditetapkan dengan jelas sebagai sekuriti serta tertakluk kepada pengawasan. Platform pertukaran diperlukan untuk menyimpan wang tunai yang mencukupi dalam mata wang yang dikeluarkan kerajaan.

Kebanyakan individu yang lewat memasuki dunia pasaran mata wang kripto bukanlah pelabur yang kaya tetapi mereka adalah individu biasa yang tidak mempercayai bank serta institusi. Oleh itu, kebanyakan individu tersebut akan mencari cara untuk melindungi diri daripada inflasi dengan memasuki pasaran kripto.

Sehubungan itu, membina semula kepercayaan memerlukan masa dan tenaga serta memerlukan persediaan dalam menangani ketidaksamaan yang disebabkan oleh peningkatan kos sara hidup termasuklah sistem kewangan yang ekstratif. Peraturan yang berkesan juga penting dalam membina semula kepercayaan.

Oleh itu, pengguna dan pelabur sendiri perlu bijak memilih platform pertukaran kripto untuk mengurangkan risiko terhadap dagangan aset mereka supaya tidak berdepan masalah di kemudian hari. DYOR.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat