PM Akan Buat Pengumuman Tergempar? Rakyat Dah Mula Berwaspada!

2,335

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka bakal membuat pengumuman khas sebagai reaksi terhadap situasi semasa yang mencatat jangkitan kes pandemik Covid-19 yang semakin meningkat. Kenyataan ini dimaklumkan sendiri oleh Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika negara Malaysia melaporkan jumlah kematian harian tertinggi disebabkan pandemik tersebut.

Sejak kebelakangan ini, negara Asia Tenggara telah mengalami trend peningkatan yang ketara. Dalam minggu ini, laporan telah melaporkan bahawa hampir setiap hari Malaysia mencatat empat digit kes jangkitan bermula sejak penghujung November 2020, sehingga rekod tertinggi kes harian COVID-19 dicatatkan semalam.

Pada hari Jumaat, sebanyak 16 orang telah dilaporkan meninggal dunia, lantas menjadikan jumlah kematian Covid-19 naik kepada 537 orang. Kementerian kesihatan juga melaporkan sebanyak 2,643 jangkitan baru, menjadikan jumlah kes menjadi 131,108 kes.

Pentadbiran Malaysia menyatakan bahawa pihak mereka sedang mempertimbangkan untuk mengenakan kawalan bersasar di beberapa kawasan walaupun terdapat amaran daripada sektor perniagaan yang memaklumkan bahawa langkah tersebut dapat melemahkan ekonomi.

Menurut Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Kerajaan sedang menilai langkah-langkah yang perlu diambil segera bagi memastikan penularan pandemik Covid-19 dapat dikawal.

Disisi yang lain, ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) telah meluluskan pendaftaran bersyarat untuk vaksin Pfizer dan kini sedang menunggu lebih banyak maklum balas dari syarikat tersebut.

Malaysia, yang telah membeli 12.8 juta dos vaksin Pfizer-BioNTech, dijangka akan menerima penghantaran vaksin pertama pada bulan hadapan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat