PM Johnson Sedia Hentikan Rundingan Dengan EU Jika Gagal Penuhi Kehendak Beliau

327

Melalui ucapan pertama Perdana Menteri UK Boris Johnson sejak UK meninggalkan Kesatuan Eropah (EU), beliau dilapor akan menjelaskan kepada ahli perniagaan dan duta besar pada hari ini, mengenai wawasannya dalam rundingan terma perdagangan akan datang bersama blok itu.

Pada hari yang sama, perunding EU akan menyatakan matlamat mereka dalam rundingan dagang bersama UK.

PM Johnson juga akan memberitahu kesediaannya untuk menghentikan rundingan mengenai hubungan masa depan perdagangan dengan (EU) sekiranyanya tidak mencapai apa yang beliau inginkan.

Downing Street UK berkata PM Johnson menginginkan perjanjian dagang yang komprehensif sekurang-kurangnya sama dengan perjanjian EU dan Kanada atau pengaturan perdagangan yang lebih longgar seperti yang dicapai bersama Australia, jika rundingan gagal.

EU dan Kanada telah berunding selama tujuh tahun sebelum menandatangani perjanjian perdagangan mereka, yang kini dikenali sebagai CETA, pada Oktober 2016. Ia mengambil masa hampir satu tahun sebelum permohonan sementara itu bermula.

Selain itu, beliau juga menegaskan bahawa tiada pelarasan dengan piawaian EU, iaitu mahkamah undang-undang Eropah tidak akan mempunyai bidang kuasa ke atas UK dan tidak ada konsesi akan dibuat.

Beliau turut menjelaskan Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) milik Britain tidak akan ditawarkan dalam sebarang rundingan dagang.

Menurut Downing Street, tidak ada keperluan bagi perjanjian perdagangan bebas untuk melibatkan penerimaan peraturan EU mengenai dasar persaingan, subsidi, perlindungan sosial dan alam sekitar.

PM Johnson sebelum ini berulang kali mengatakan pihaknya akan memuktamadkan rundingan perjanjian bersama EU menjelang akhir tahun ini dan tiada pelanjutan bakal dilakukan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat