Polisi Kerajaan Baru Dapat Perlahankan Pertumbuhan Ekonomi New Zealand

65

Pekerja sementara dan pelajar luar negara akan mula meninggalkan New Zealand berikutan bakal kerajaan gabungan negara tersebut bertekad untuk mengurangkan migrasi ke negara tersebut.

Sebelumnya negara tersebut mengamalkan dasar polisi pintu terbuka seperti menjanjikan hak residensi kepada penduduk luar. Perlaksanan polisi ini telah menjana pertumbuhan ekonomi namun pada masa yang sama ia juga memberi kesan buruk iaitu kenaikan harga rumah yang tinggi dan jurang pendapatan yang semakin besar.

New Zealand memiliki hampir 122,000 pelajar antrabangsa pada 2016, meningkat 40% daripada 3 tahun lalu.

Perdana Menteri Jacinda Ardern bertegas dengan keputusan beliau untuk mengurangkan migrasi dan menghadkan pemilikan rumah bagi orang luar.

Parti Buruh, pimpinan Arder merencana untuk mengurangkan imigrasi sehingga 30,000 daripada paras terkini iaitu 70,000 imigrasi setahun. Beliau juga sedang dalam perancangan memperbaharui beberapa komponen perjanjian perdagangan iaitu dengan menghadkan pemilikan rumah bagi orang luar.

Parti Buruh bersama dengan Parti NZ First sedang dalam proses bergabung bagi membentuk kerajaan baru.

Kedua parti tersebut berkempen berkenaan polisi perumahan yang hampir serupa iaitu termasuk mengharamkan pembelian rumah New Zealand oleh pelabur luar.

Kekurangan penawaran rumah mampu milik di New Zealand telah menyebabkan harga rumah naik melebih 50% manakala di daerah Auckland harga rumah naik sebanyak 100%.

Menurut pakar ekonomi New Zealand, Christina Leung, “Buat masa ini, kerajaan telah tekad untuk mengharamkan pembelian rumah oleh orang luar. Namun masih belum ada kepastian, apakah akan ada sekatan lagi pada masa akan datang.”

Walaupun polisi baru ini masih belum dilaksanakan, matawang New Zealand dolar telah menyusut ke paras 5 bulan terendah pada hari Jumaat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat