Populariti Game ‘Apex Legends’ Mendorong Kepada Peningkatan Saham Electronic Arts (EA)!

357

Buat anda yang belum mengenali Electronic Arts (EA), EA merupakan sebuah syarikat penerbit, pemasar, pembangun dan pengedar permainan video yang berpangkalan di Amerika Syarikat. EA sangat terkenal dengna perbitan game-game sukan di bawah EA Sports dan berbagai siri game terkenal seperti Need for Speed, Medal of Honor, The Sims, Command & Conquer dan sebagainya.

Namun berdasarkan laporan kewangan sukuan yang dikeluarkan pada bulan Februari menunjukkan saham EA mengalami kejatuhan sehingga pada keluarnya laporan, saham syarikat tersebut sempat jatuh sehingga 13%. Walaupun baru sahaja mengeluarkan game-game menarik seperti Battlefield V dan FIFA 19, ia masih belum mampu meningkatkan prestasi pasaran EA ke tahap yang lebih memberangsangkan.

Walaubagaimanapun, sebuah game baru yang diterbitkan oleh EA dan dibangunkan oleh Respawn Entertainment pada Februari lepas iaitu Apex Legends telah mampu mendorong EA membuahkan hasil.

Apex Legends merupakan sebuah game bergenre battle royale dan ianya percuma. Game ini telah mencetuskan sebuah fenomena, dimana dalam masa 3 hari ia dikeluarkan, Apex Legends telah mampu meraih pemain seramai melebihi 10 juta orang dan kini ia telah memiliki lebih 50 juta pemain.

Berdasarkan laporan sukuan yang dikeluarkan EA pada hari Rabu, saham EA telah melonjak naik sebanyak 2% pada hari Rabu dan unjuran kenaikan dinaikan sehingga 20% pada tahun ini.

Menurut EA, 30 % daripada pemain-pemain game Apex Legends adalah pemain baru game-game EA. Pada sukuan ini, Apex Legends telah menghasilkan hasil sehingga $150 juta iaitu bersamaan 10% jumlah jualan syarikat.

Laporan terbaru, CEO Andrew Wilson mensahkan bahawa Apex Legends akan ada versi Mobile dan kini ia sedang berada pada tahap pengembangan. Game ini masih baru, ia masih ada potensi untuk terus berkembang pada masa akan datang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat