Populasi Jatuh Pertama Kali Dalam 60 Tahun, Apa Kesannya Pada China?

298
  • Penurunan populasi pertama sejak 1961
  • Kemerosotan bayi baru lahir jadi punca utama 
  • China boleh hilang status sebagai negara paling ramai penduduk di dunia

Buat kali pertama dalam tempoh 60 tahun, populasi China mula berkurangan pada tahun 2022.

Dapatan mengejutkan itu diumumkan oleh Biro Perangkaan Kebangsaan (NBS) bersama-sama data pertumbuhan ekonomi China pada pagi Selasa.

Penduduk tanah besar itu, tidak termasuk warga asing, susut sebanyak 850,000 orang pada 2022 kepada 1.4 bilion, menurut NBS.

Tambah laporan biro perangkaan negara itu lagi, Beijing melaporkan 9.56 juta kelahiran dan 10.41 juta kematian pada tahun lepas.

Ketua NBS, Kang Yi mengatakan penurunan bayi baru lahir adalah punca utama kepada penguncupan ini. Kira-kira 9.56 juta bayi dilahirkan pada 2022, turun daripada 10.62 juta pada tahun sebelumnya, paras terendah sejak 1950.

Pun begitu, beliau mengatakan perubahan trend ini bukanlah sesuatu yang perlu dibimbangkan memandangkan bekalan tenaga buruh negara masih lebih besar daripada permintaan.

Kemerosotan dalam populasi boleh bertindak sebagai ‘penghalang’ kepada pertumbuhan ekonomi dengan memperlahankan permintaan untuk barangan seperti rumah.

Rentetan daripada kejatuhan ini, ekonomi China mungkin bergelut untuk mengatasi Amerika Syarikat dan boleh kehilangan statusnya sebagai negara paling ramai penduduk di dunia kepada India tahun ini.

Dalam pada itu, data juga menunjukkan 62% penduduk berada dalam usia bekerja, yang ditakrifkan Beijing sebagai orang berumur 16 hingga 59 tahun, turun daripada sekitar 70% sedekad lalu.

Ini sekali gus menonjolkan cabaran yang dihadapi negara apabila penduduknya meningkat usia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat