Pound Masih ‘Steady’, GBP/USD Lantun Naik Semula Ke Paras $1.2300

113

Berbeza berbanding Euro yang ketara melemah, mata wang Pound Sterling pula lebih cemerlang untuk didagangkan meningkat pada Selasa semalam.

Sesi Eropah semalam memberi tumpuan pada penerbitan laporan pekerjaan UK yang menyaksikan pertambahan pekerjaan yang memberangsangkan dan purata gaji yang turut meningkat. Namun, kadar pengangguran masih kekal di paras sama selepas lonjakan sebelum ini.

Tumpuan kini akan terarah pada terbitan data inflasi pada sesi Eropah hari ini (Rabu) dan akan memberi isyarat untuk keputusan penetapan dasar monetari oleh Bank of England (BOE) selepas ini.

Ekoran US dolar masih terus bergerak suram dalam pasaran, Pound memanfaatkan situasi untuk kembali meningkat semula selepas sedikit susut di awal minggu.

Pada carta harga pasangan mata wang GBP/USD, dapat dilihat harga berjaya melantun naik semula dari zon 1.22000 yang menjadi sokongan buat harga.

Pada awal minggu harga telah membuat penurunan ke zon tersebut, namun harga berjaya dikekang daripada jatuh lebih rendah.

Kenaikan yang dipamerkan semalam telah mencapai paras ketinggian 1.23000, antara paras tumpuan yang turut dijangkakan penganalisis dan kini menjadi rintangan terbaru buat harga.

Selepas menyentuh paras tersebut, harga sedikit berundur dan berlegar perlahan sehingga dagangan bersambung ke sesi Asia pagi ini.

Dengan lonjakan yang dipaparkan dan harga yang masih bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD itu, pergerakan bullish dijangka akan diteruskan lagi.

Sekiranya lonjakan berjaya menembusi rintangan 1.23000, kenaikan lebih tinggi akan dilanjutkan menuju pula ke zon rintangan pada 1.24000.

Kenaikan tersebut juga akan catatkan paras ketinggian terbaru bagi harga untuk tempoh dagangan 5 minggu.

Namun, jika penurunan harga pula yang berlaku, zon sokongan pada 1.22000 sekali lagi bakal jadi tumpuan untuk diuji.

Jika harga tembus lebih rendah, penurunan bakal dilanjutkan menuju pula ke paras 1.21000 selepas menunjukkan perubahan trend bearish.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat