Sesi pasaran Eropah menyaksikan dagangan Pound Sterling bergerak lemah dengan tumpuan turut terarah pada bacaan data indeks harga pengguna di UK yang mencatatkan angka mengecewakan.
Kadar infkasi tahunan UK pada bacaan Ogos menurun kepada 1.7% lebih rendah berbanding jangkaan penurunan 1.8% oleh pasaran daripada bacaan 2.1% yang terdahulu. Bacaan tersebut juga merupakan yang terendah untuk tempoh dua setengah tahun.
Menyentuh perkembangan Brexit pula, Ketua Perunding Brexit Kesatuan Eropah (EU) Michel Barnier telah menyatakan bahawa EU terbuka untuk sebarang cadangan dari UK untuk penyelesaian isu Brexit.
EU menyatakan kerja keras mereka untuk proses Brexit dan kesanggupan untuk mencapai perjanjian pengunduran Britain. Namun, garis panduan dalam aspek sempadan yang dianjurkan oleh kerajaan UK tidak disenangi EU.
Matawang dolar Euro dilihat mencatatkan peningkatan pada dagangan semalam namun mula menunjukkan penurunan pada dagangan hari ini dengan bacaan akhir kadar inflasi tahunan pada zon Eropah kekal tidak berubah seperti bacaan terdahulu.
Pasaran minyak mentah juga dilaporkan semakin pulih ekoran perkembangan positif yang dilaporkan pada operasi minyak mentah di Arab Saudi yang dijangka akan pulih sepenuhnya dalam masa yang terdekat.
Hal tersebut juga membuatkan harga minyak mentah kembali menurun diiringi bersama dagangan safe-haven terutama Yen dan Swiss franc.
Yen dan Swiss franc turut dijangka bergerak perlahan dengan pasaran menunggu keputusan mesyuarat bank pusat Bank of Japan (BOJ) dan Swiss National Bank (SNB) pada esok hari. Turut berlangsung mesyuarat polisi pada hari yang sama ialah Federal Reserve (Fed) dan juga Bank of England (BOE).
Pelabur dijangka akan lebih berwaspada dengan jangkaan pergerakan pasaran akan bergerak lebih aktif dan volatile pada dagangan Khamis dengan keputusan kadar faedah oleh empat bank pusat utama tersebut di samping data-data berimpak tinggi seperti bacaan pertumbuhan GDP di New Zealand, laporan pekerjaan Australia dan data jualan runcit UK.