Powell: Tumpuan Pada Impak Varian Delta – Bagaimana Dengan Tapering?

1,642

Dalam ucapan pengerusi the Fed, Jerome Powell sebentar tadi dapat dinyatakan bahawa ekonomi Amerika Syarikat (A.S) terus membuat kemajuan ke arah penanda aras yang ditetapkan oleh the Fed untuk mengurangkan rangsangan Covid-19. Powell sekali lagi mengekalkan pandangan beliau bahawa inflasi yang tinggi hanya sementara.

Dalam ucapan yang dipersiapkan untuk pidato ke persidangan ekonomi Jackson Hole, Powell memberi isyarat bahawa bank pusat AS akan masih mengekalkan pengamalan dasar sehinggalah AS dapat capai pekerjaan penuh.

Powell tidak memberikan keputusan mengenai pengurangan pembelian aset bulanan $ 120 bilion namun memberi indikasi dengan menyatakan sasaran the Fed adalah untuk capai tenaga kerja penuh. Dalam masa yang sama, the Fed akan memberi tumpuan terhadap penularan varian Delta bagi menilai impak dan risiko terhadap ekonomi.

Ini secara tidak langsung membawa indikasi belum ada keputusan tentang bilakah pengurangan pembelian bon akan dilakukan kerana tumpuan pada ketika ini adalah tentang risiko kesihatan dan ekonomi yang ditimbulkan oleh varian Delta.

Harapan untuk pertumbuhan pekerjaan yang berterusan sebahagiannya didasarkan pada sekolah yang akan dibuka kembali. Para penggubal dasar the Fed berharap dapat melihat penciptaan pekerjaan yang berterusan dan dalam masa  yang sama terus menjalankan kajian terperinci terhadap impak varian delta.

Akhir sekali, Powell masih mengekalkan pendirian bahawa inflasi yang tinggi hanya sementara. Beliau berpendapat inflasi yang tinggi adalah disebabkan faktor gangguan rantaian bekelan dan sekarang semakin berkurangan.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat