Presiden El Salvador Kritik Media Mainstream ‘Hentam’ Bitcoin

174

Antara negara pertama yang menggunakan mata wang kripto Bitcoin (BTC) sebagai tender sah adalah El Salvador apabila presiden negara tersebut, Nayib Bukele merancang menggandakan lagi aset digital itu walaupun pasaran kripto mengalami kejatuhan drastik ketika ini.

Presiden Bukele dilaporkan telah menghantar rang undang-undang Kongres El Salvador untuk membenarkan penjualan $1 bilion dalam bon gunung berapi bagi menubuhkan “Bitcoin City” selepas berhasrat membeli satu BTC pada setiap hari.

Sungguhpun terdapat pihak yang menulis kenyataan mengenai “Revolusi” BTC $300 juta El Salvador mungkin mengalami kegagalan berikutan harga BTC masih meneruskan penyusutan 70% sejak September 2021 sementara negara tersebut dikelilingi hutang.

Bukele telah menyelar kenyataan media yang dilihat secara tiba-tiba berminat tentang negaranya berkenaan isu kripto, namun tidak pernah menulis sebarang berita mengenai rasuah politik yang melibatkan kecurian $37 bilion dana negara.

Pertuduhan beliau berkaitan ahli politik tersebut telah akibatkannya mendapat kecaman teruk daripada International Monetary Fund (IMF) dengan agensi penarafan kredit Moody menyatakan sesungguhnya perdagangan BTC El Salvador adalah berisiko tinggi.

Hal ini berikutan kerana terdapat laporan menyebut bahawa bonus pendaftaran wallet Chivo sebanyak $30 yang dibuat oleh rakyat Salvador telah lesap sebelum mereka dapat mengakses sistem tersebut.

Kenyataan tidak menyenangkan tersebut dilaporkan telah berlaku semasa kerajaan El Salvador rancang menubuhkan National Bitcoin Office (ONBTC) untuk memantau setiap projek tempatan yang terkait dengan aset digital tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat