Presiden Suruhanja EU – Hubungan Perdagangan Dengan UK Tidak Akan Sama Seperti Sebelum Ini!

378

Kesatuan Eropah bersedia untuk berunding dengan perjanjian perdagangan tarif sifar dengan United Kingdom walaubagaimanapun hubungan perdagangan antara kedua-dua pihak tidak akan sama sebagaimana menurut Presiden Suruhanjaya Eropah pada hari Rabu.

Presiden Suruhanja Kesatuan Eropah, Ursula von der Leyen mengulas, sebenarnya perkongsian antara kedua-dua belah pihak tidak akan boleh seperti dahulu dan semudah itu kerana dengan setiap pilihan yang diambil pasti akan mempunyai akibatnya.

U.K dijadualkan akan meninggalkan Kesatuan Eropah dalam masa 22 hari lagi iaitu pada 31 Januari dan UK akan menjadi salah satu negara anggota pertama yang berbuat sedemikian. Tarikh ini akan menjadi titik awal peralihan dan kedua-dua belah pihak akan terlibat dalam rundingan baru termasuk peraturan perdagangan masa depan.

Tambah von der Leyen, Kesatuan Eropah bersedia untuk merundingkan perkongsian baru yang komprehensif dengan United Kingdom. Walaubagaimanapun, beliau telah memberi amaran bahawa tanpa lanjutan tempoh peralihan melebihi tahun 2020 maka dapat dijangka bahawa tidak semua aspek perjanjian baru dapat dipersetujui.

“Kami bersedia untuk merancang perkongsian baru dengan tarif dan kouta yang sifar bermula dari aspek perlindungan data, perikanan kepada tenaga, pengangkutan ke industri angkasa lepas, sehingga kepada keselamatan sekuriti. Pihak EU akan berusaha untuk mendapatkan persetujuan dalam jangka masa yang ada.” kata Ursula von der Leyen.

Sebelum ini, Perdana Menteri UK, Boris Johnson telah mengemukakan klausa bahawa perbincangan perdagangan Kesatuan Eropah harus berakhir pada akhir Disember tahun ini.

Sekiranya tidak ada perjanjian perdagangan antara U.K dan EU,maka berkemungkinan terma-terma perdagangan adalah berdasarkan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat