“Jangan pandang rendah, kripto ni pun berpotensi naik banyak tau.”
Memang tidak dinafikan seluruh pasaran mata wang kripto sejak kebelakangan ini menyaksikan penurunan, tetapi perlu diketahui bahawa terdapat beberapa altcoin yang berjaya melonjak tinggi secara ketara.
Menerusi pemerhatian, harga Bitcoin (BTC) bergerak mendatar pada awal hari Rabu dan kini masih berada di bawah $30,000 manakala Dogecoin (DOGE), Ripple (XRP), Litecoin (LTC) termasuk Solana (SOL) turut mengalami kerugian.
Jadi di sini dapat dilihat XRP mencatatkan penurunan 4%, SOL sekitar 6.13% dan tidak dilupakan juga Ethereum (ETH) susut 1% pada $1,822, Polkadot (DOT) tergelincir 3.26% seterusnya Polygon (MATIC) didagangkan naik pada beberapa hari lalu tetapi mula turun lebih 6% pada $0.63.
Selain itu, memecoin terbesar DOGE pula melihat terjunan sebanyak 4.86% manakala Shiba Inu (SHIB) turun 2.45% dalam masa 24 jam lalu.
Bagaimanapun berbeza situasi untuk SEI yang telah melonjak 2,504% pada $0.20 dalam masa 24 jam lalu apabila Sei Labs iaitu organisasi bertanggungjawab ke atas layer-1 blockchain Sei bertindak mengisytiharkan mainnet beroperasi sepenuhnya.
Bukan itu sahaja, BONE yang merupakan memecoin berprestasi terbaik hari ini turut meningkat lebih 5% pada $1.59 apabila pelabur mula menunjukkan minat terhadap SHIB dan BONE susulan daripada pelancaran Shibarium.
Walaupun susut semula sekitar 13.72%, Hedera (HBAR) menunjukkan keuntungan mengagumkan pada minggu lepas setelah platform pembayaran Federal Reserve (Fed) dipanggil FedNow mula menggunakan Dropp iaitu rangkaian pembayaran mikro.
Suka dimaklumkan Apecoin (APE) juga mampu melonjak tinggi susulan populariti non-fungible token (NFT) Yuga Labs berupaya menarik minat banyak pelabur kepada APE sungguhpun harganya kini turun lebih 10% pada $1.81.