Prestasi Merosot Matawang Asia Dipamerkan Pada Sesi Asia Hari Ini

218

Sesi pasaran Asia hari ini dilihat memaparkan pergerakan pasif pasaran dengan sentimen pasaran yang kembali berisiko ekoran ketegangan perang dagang antara Amerika Syarikat dan China masih belum reda.

Chinese People’s Liberation Army telah memberi amaran kepada Amerika Syarikat untuk menghentikan tindakan provokasi bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. Amaran dikeluarkan selepas kapal perang pemusnah milik Amerika Syarikat dilaporkan telah menceroboh perairan laut China tanpa kebenaran China.

Laporan terbaru tersebut dilihat kembali meningkatkan ketegangan berterusan terhadap perang dagang AS-China sebelum ini. Sementara, pasaran Wall Street dan hasil pulangan bon AS turut mencatatkan kejatuhan pada sesi Asia.

Matawang antipodean dolar New Zealand ketara mencatatkan penurunan berikutan data keyakinan perniagaan yang dikeluarkan awal pagi tadi menunjukkan bacaan paling rendah sejak September 2015. Ini akan turut menguatkan jangkaan penurunan kadar faedah dalam keputusan mesyuarat bank psuat New Zealand selepas ini.

Turut didagangkan merosot pada sesi Asia adalah dagangan dolar Australia mencatatkan penurunan ke paras terendah tiga hari dagangan berbanding dolar USD ekoran kejatuhan tidak terjangka pada data perbelanjaan syarikat swasta.

Dolar USD tidak menunjukkan pergerakan yang ketara sehingga menjelang pembukaan sesi pasaran Eropah hari ini. Dalam temubual bersama Bloomberg, Setiausaha Perbendaharaan AS Steven Mnuchin menafikan spekulasi bahawa pentadbiran Trump akan campur tangan dalam mengawal pengukuhan matawang dolar USD.

Pegawai Perdagangan AS sedang menjangkan pegawai perunding China akan mengadakan kunjungan ke Washington namun tidak menjelaskan sama ada pertemuan mesyuarat September yang dirancang sebelum ini akan diadakan.

Pasaran akan memantau pula perkembangan matawang Eropah pada sesi pasaran Eropah hari ini dengan ketidaktentuan politik di Itali dan Britain masih menjadi tumpuan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat