Prestasi Pound Tercorot, GBP/JPY Terus Menjunam Di Sesi Eropah

462

Sentimen bertambah berisiko hari ini berikutan ujian vaksin Covid-19 terpaksa dihentikan selepas peserta yang menyertai ujian tersebut dilaporkan telah jatuh sakit.

Laporan tersebut semakin meningkatkan kebimbangan pelabur dalam pasaran selepas pasaran Wall Street merosot dengan menyaksikan saham-saham teknologi mengalami kejatuhan ketara.

US dolar dan Yen Jepun akan terus mendapat manfaat dalam mengekalkan rentak pengukuhan disebabkan statusnya sebagai matawang safe-haven.

Pound Sterling pula menjadi antara matawang yang didagangkan dengan prestasi tercorot berikutan ketidaktentuan pada rundingan Brexit selepas Perdana Menteri UK, Boris Johnson menegaskan tiada perjanjian jika persetujuan gagal dicapai selepas 15 Oktober.

Selain itu juga, peningkatan kadar kes jangkitan Covid-19 di UK juga turut menjadi faktor kebimbangan untuk ekonomi UK.

Pada carta harga bagi pasangan matawang GBP/JPY semalam, harga telah menjunam di bawah paras 138.00 selepas paras support sekitar 138.200 telah berjaya ditembusi.

Harga kekal bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) menunjukkan pergerakan harga masih berada dalam trend bearish disokong oleh faktor fundamental yang kukuh.

Dagangan yang bersambung pada Rabu melihatkan harga kekal meneruskan penurunan di awal sesi Eropah setelah bergerak mendatar sepanjang sesi Asia.

Pound yang terus lemah manakala Yen pula terus mengukuh, akan mendorong harga untuk turun menuju zon support pada 135.800.

Sebaliknya jika kenaikan harga kembali berlaku, pelabur akan beri perhatian paras penting sekitar 138.00-138.200 yang menjadi zon SBR (support become resistance).

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat