Preview NFP : Apa Yang Diharapkan Pasaran?

479

Ekonomi Amerika Syarikat dijangka akan menambah hampir satu juta pekerjaan pada bulan April, dengan kadar pengangguran kembali ke tahap pra pandemik ketika lebih banyak aktiviti ekonomi dibuka semula.

Seperti yang dinanti-nantikan setiap bulan pada minggu pertama, pasaran akan diperlihatkan dengan hasil pertama daripada pakej rangsangan Presiden Joe Biden bernilai $1.9 trilion yang telah diluluskan pada bulan Mac.

Penganalisis menjangkakan pertumbuhan lebih kuat, dengan peningkatan sebanyak 978,000 pekerjaan pada bulan lalu setelah meningkat 916,000 pada bulan Mac. Sementara kadar pengangguran pula diunjurkan menurun kepada 5.8% daripada 6.0%.

Jangkaan ini disokong oleh pembacaan daripada data terdahulu yang menunjukkan aktiviti ekonomi di AS semakin pulih.

Ini dapat dilihat dari pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada suku pertama yang berkembang pada kadar tahunan 6.4%, hampir sama dengan unjuran Federal Reserve (Fed) pada Januari sebanyak 6.5% untuk tahun ini.

Namun, bacaan yang dicatatkan dalam pekerjaan sektor swasta membuatkan pelabur ragu-ragu dengan data NFP yang diterbitkan. Ini kerana angka yang dicatatkan tersasar daripada jangkaan, dengan kenaikan 742,000 dari 800,000 pada bulan April.

Bacaan yang sama turut dilihat dalam komponen pekerjaan dalam sektor perkhidmatan AS tinjauan ISM yang memaparkan peningkatan lebih perlahan daripada diunjurkan.

Bagaimanapun, jika bacaan NFP menepati jangkaan, matawang US dolar mungkin akan kembali meraih sokongan untuk meningkat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat