Projek Bank UK Ini Buatkan ‘Scammer’ Kripto Susah Cari Makan!

992

Saban hari kita menyaksikan penerimaan dan permintaan terhadap kripto semakin meningkat. Disebalik itu ada sesetengah pihak yang cuba mengambil kesempatan ke atas orang ramai dengan menawarkan skim pelaburan yang berunsur penipuan (scam).

Mengakui perkara ini sering berlaku, Bank Westminster British NatWest telah mengambil langkah untuk membendung scammer untuk terus scam orang ramai. Laporan terkini, Bank Westminster telah melancarkan satu aplikasi yang memberi makluman amaran penipuan kripto bagi pengguna aplikasi peranti mudah alih NatWest.

Pengguna aplikasi mudah alih NatWest bertindak sebagai pemberi amaran yang memberi amaran jika terdapat projek kripto yang mencurigakan. Selain itu, notifikasi amaran tersebut akan meminta pengguna untuk berhati-hati dengan projek yang menawarkan janji-janji palsu dengan pulangan lumayan.

Bank menyatakan bahawa salah satu penipuan kripto yang paling biasa yang berselindung di bawah akaun-akaun palsu artis di media sosial. Kebiasaanya para pelabur akan diminta untuk mengisi borang dan menyuruh pelabur kripto membuatkan kripto wallet dengan mereka.

Mangsa kemudiannya diminta untuk membuat simpanan dalam wallet kripto tersebut kemudian scammer akan membawa lari dana tersebut akhirnya.

Badan pengawalseliaan kewangan teratas U.K – Financial Conduct Authority (FCA) – telah membuat senarai syarikat yang meragukan dan tidak sah tersebut. FCA memberi amaran bahawa orang yang berurusan dengan mana-mana firma ini agar berwaspada. Aplikasi mudah alih NatWest juga memberi amaran kepada pengguna bahawa semasa berurusan dengan mana-mana penjual kripto sama ada projek yang kita berurusan itu berdaftar dengan FCA ataupun tidak.

Langkah yang diambil bank UK ini dilihat sebagai satu langkah yang positif yang dapat mewujudkan pasaran yang lebih kondusif dan selamat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat