Prospek Penerbangan Kembali Meriah, Rancakkan Pasaran Ekonomi

358

Prospek industri penerbangan menyaksikan impak positif dan kembali rancak berikutan pembukaan semula sektor pelancongan yang bermula di Langkawi kepada pelancong yang telah lengkap divaksinasi.

Menurut CGS-CIMB Securities, Malaysia Airports Holding Bhd (MAHB) berkemungkinan bakal memperoleh manfaat langsung ekoran gelembung perjalanan domestik yang dilaksanakan.

Syarikat penerbangan seperti AirAsia Group Bhd juga dijangka akan menerima ‘durian runtuh’ walaupun perlu menghadapi persaingan yang tinggi, tambang rendah dan sebagainya.

Tambah CGS-CIMB, meskipun ujian pengesanan Covid-19 telah diwajibkan sebelum melaksanakan perjalanan ke Langkawi, ia masih terdapat risiko pelancong yang dijangkiti Covid-19 masuk ke pulau itu.

Serta ia juga berisiko yang mana dijangka akan ada sesetengah pelancong yang baharu dijangkiti membawa masuk virus itu ke negeri asal pelancong.

Sekiranya jangkitan Covid-19 kembali merebak lebih meluas di kala pelaksanaan tersebut, ia mungkin bakal diberhentikan seketika pada masa akan datang.

Pembukaan semula perjalanan atau pengembaraan domestik tersebut tidak bermakna ia sebagai kemajuan yang lancar dan stabil serta satu kredit untuk berseronok sebaliknya ia merupakan sebuah cabaran di sepanjang perjalanan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat