Provokasi Dibalas, Ini Respon Korea Selatan & AS Terhadap Korea Utara!

500

‘Makin tegang isu ini, yang Kim Jong Un pun satu pergi lancarkan roket buat apa?’

Selepas Korea Utara melancarkan peluru berpandu merentasi ruang udara Jepun semalam, kini giliran Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) pula membuat perkara sama.

Menurut sumber dari Seoul, ketenteraan Korea Selatan dan AS telah melancarkan beberapa siri peluru berpandu menghala ke laut yang dipercayai sebagai respon terhadap provokasi Korea Utara.

Kenyataan dari Joint Chiefs of Staff (JCS) Korea Selatan pula mengatakan mereka sedang mengadakan latihan dengan maisng-masing melancarkan sepasang peluru berpandu balistik jarak dekat ATACMS buatan AS.

Pada kenyataan berasingan, peluru berpandu Hyunmoo-2 Korea Selatan dikatakan mengalami kegagalan fungsi selepas pelancaran dan terhempas namun tiada kemalangan berlaku.

Dalam pada itu, Presiden Joe Biden dan Perdana Menteri Fumio Kishida mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Korea Utara yang melancarkan peluru berpandu ke ruang udara Jepun.

Selain itu, Kesatuan Eropah (EU) serta Setiausaha Agung Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) Antonio Guterres menyifatkan pelancaran peluru berpandu oleh Korea Utara tersebut sebagai pelanggaran Resolusi Majlis Keselamatan dunia.

Atas faktor itu AS telah meminta Majlis Keselamatan UN bertemu Korea Utara pada Rabu namun diplomat China dan Rusia menentang perbicaraan awam oleh badan 15 anggota tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat