Pullback BTC Dah Habis, Harga Nak Naik Lebih Tinggi! – Swissblock

1,048

“Harap-harap naik la, jangan tiba-tiba terciduk semula.”

Sejurus selepas raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) memulih semula sehingga $68,116 semasa mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) semalam, harganya menyusut kembali di bawah $66,000.

Pergerakan lemah disaksikan harga BTC mungkin disebabkan oleh dolar Amerika Syarikat (AS) yang mengukuh semula selepas bank pusat Switzerland dalam satu langkah mengejut mengurangkan kadar faedah 25 mata asas.

Umum mengetahui bahawa indeks dolar AS (DXY) yang mengukur kekuatan dolar AS berbanding mata wang utama lain menunjukkan peningkatan, oleh itu dolar yang lebih kukuh biasanya akan mempengaruhi harga aset digital ataupun saham.

Menurut penganalisis makro Michael Kao dalam catatan media sosial, peserta pasaran kripto menjangkakan beberapa bank pusat utama lain boleh mula menurunkan kadar faedah sebelum Federal Reserve (Fed) berbuat demikian.

Firma analisis pasaran Swissblock pula berpendapat BTC sudah menyelesaikan pullback susulan penurunan harganya telah hampir mencapai sasarannya iaitu $59,000 sehingga $58,000 pada Rabu lepas.

Kini kenaikan lebih tinggi untuk harga BTC akan berlaku, kata penganalisis Swissblock Henrik Zeberg sambil menambah bahawa altcoin dan miners BTC akan berprestasi sangat baik dalam fasa aliran menaik seterusnya.

Sehingga berita ini ditulis, harga BTC yang didagangkan pada paras $65,890 telah menjunam sedikit 2.92% dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran lebih $1 trilion seterusnya mencatatkan penyusutan 8.42% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat