Punya Benci Kepada Putin, Jutawan Rusia Ini Lepaskan Kerakyatannya

349

‘Ini tanda bantahan yang baik tapi kalau bukan seorang jutawan, agaknya individu tu nak merempat dekat mana?’

Seorang jutawan  Rusia, Oleg Tinkov bertindak melepaskan kerakyatannya sebagai tanda protes terhadap tindakan pemimpin Vladimir Putin yang mencetus perang.

Difahamkan bahawa pengasas Tinkoff Bank, merupakan antara pemberi pinjaman terbesar Rusia dengan lebih 20 juta pelanggan, adalah antara warga Rusia yang lantang mengkritik tindakan Putin ke atas Ukraine.

Menerusi sebuah post di laman Instagram peribadinya, Tinkov mengatakan bahawa beliau tidak tahan dan tidak mahu dikaitkan dengan negara fasis yang mencetus perang terhadap keamanan negara jirannya.

Menurut sumber dari berita bebas Rusia pula Tinkov menciap satu gambar yang memaparkan sijil penamatan kerakyatan Rusia beliau sebagai tanda protesnya terhadap Vladimir Putin.

Dalam satu kenyataan berasingan, beliau menyatakan rasa malunya untuk memegang passport Rusia tatkala sedang menetap di United Kingdom (UK) bersama beberapa ahli perniagaan dari negara sama.

Beliau juga sering mengajak ahli perniagaan dari Rusia lain yang membantah tindakan Putin untuk mengikut langkah melepaskan kerakyatan mereka dari negara tersebut.

Umumnya, sekatan oleh Barat terhadap Rusia turut menjejaskan ahli perniagaan dari negara itu seperti larangan perjalanan sehingga ke pembekuan aset memandangkan terdapat khabar mengatakan kekuasaan Putin bergantung kepada para jutawannya.

Rentetan itu, Tinkov pada April lalu telah mengkritik teruk oligarki Kremlin yang disifatkan beliau ‘rejim berdasarkan nepotisme dan kehambaan’.

Pada sisi berbeza, seorang lagi jutawan bank iaitu Nikolay Storonsky turut melepaskan kerakyatannya sebagai warga Rusia yang dilihat memiliki kerakyataan Britain selepas menubuhkan syarikat pemula Revolut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat