Puteri Pahang Nak Halalkan Penggunaan Ganja Di Malaysia?

1,302

Sebut sahaja berkenaan isu ganja, pasti akan menimbulkan perspektif negatif umum masyarakat dan menjadi perdebatan hangat berkenaan manfaat kesihatan bagi penggunaan bahan tersebut.

Kembali menghangatkan isu ini apabila puteri Almarhum Tengku Arif Bendahara Ibrahim, Tengku Chanela Jamidah telah mecadangkan untuk meluluskan penggunaan ganja dalam sektor perubatan di Malaysia.

Pendapat tersebut adalah berdasarkan pengalaman peribadi beliau menggunakan minyak CBD (cannabidiol) dalam merawat anxiety, insomnia dan penyakit kronik. Beliau turut teruja berkongsi kesan positif penggunaan tumbuhan tersebut yang meningkatkan kualiti hidupnya.

Susulan tersebut, beliau mula menyokong penggunaan ganja dan menjadi penaung kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Malaysia Society of Awareness (MASA) yang memperjuangkan legalisasi Kanabis.

Menurut laporan data yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), angka kematian tahunan di seluruh dunia disebabkan oleh alkohol adalah 2.5 juta sementara kematian akibat rokok merekodkan angka lebih tinggi, iaitu 6 juta korban.

Namun, tiada sebarang angka kematian pernah dicatatkan disebabkan oleh penggunaan ganja.

Jika pelaksanaan legalisasi bahan ini benar-benar berlaku, Malaysia bakal mengikuti jejak langkah negara jiran, Thailand yang telah menerima kanabis sebagai perubatan alternatif.

Hal ini turut dilihat akan menyumbang kepada ekonomi negara dengan kemungkinan berpotensi untuk menjadi komoditi berharga buat negara.

Walau bagaimanapun, langkah tersebut dilihat masih sukar untuk dilaksanakan di Malaysia kerana pandangan skeptikal rakyat terhadap ganja walaupun digunakan dalam sektor perubatan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat