Rahsia Disebalik Prestasi Cemerlang Matawang Kripto Ripple Pada Tahun 2017

238

Harga matawang kripto Ripple pada hari ini telah mencecah $3.54. Dalam minggu ini juga Ripple telah mengatasi Ethereum dari sudut pasarang global. Ripple juga menjadi matawang altcoin yang melebihi 100 billion dalam nilai pasaran.

Persoalannya apakah yang mendorong peningkatan harga yang drastik ini? Adakah Korea Selatan yang menjadai faktor utama kenaikan harga?

Penganalisis berbeza pandangan tentang hal ini, namun menurut penganlisis di laman sesawang IBC, Korea Selatan merupakan faktor penting dalam kenaikan harga. Walaupun Korea Selatan hanya menyumbang peratusan yang kecil dalam pasaran matwang kripto, namun ia memainkan peranan yang penting dalam menaikkan modal pasaran Ripple daripada $44 billion kepada $88 billion.

Menurut kebanyakan penganalisis lain, kenaikan drastik terjadi selepas perjanjian antara SBI Ripple Asia dan bank Korea Selatan.

Namun terdapat beberapa isu kekhuatiran yang berlaku. Pertama ialah isu skeptikal dan spekulasi terhadap penggunaan Ripple dan lonjakan harga Ripple. 3 pertukaran dagangan Korea Selatan sahaja telah mencatat separuh daripada jumlah dagangan pada minggu lepas. Kedua, pelabur Korea Selatan harus membayar premium bagi membeli matawang kripto tersebut. Sebarang perubahan perilaku pelabur Korea Selatan boleh memberi impak kepada Ripple.

Spekulasi ini telah menyebabkan pembuat dasar dan kerajaan semakin risau terhadap perkembangan ini. Kerajaan Korea Selatan juga telah mengeluarkan amaran terhadap pelabur luar negara, namun setakat ini, ia masih berada dalam keadaan yang terkawal.

Isu ketiga, ramai yang membuat kenyataan setakat ini bank belum membuat transaksi yang rasmi menggunakan Ripple. Walaubagaimanapun kenyataan ini tidaklah kesemuanya benar kerana terdapat beberapa bank sepert bank SEB telah mencuba mengunakan rangkaian Blockchain sebagai medium transaksi . Turut serta beberapa bank daripada Jepun yang sedang menguji cuba.

Sepanjang tahun 2017, matawang kripto Ripple telah menunjukkan prestasi terbaik berbanding matawang kripto lain. Adakah prestasi ini akan diteruskan pada tahun 2018?

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat