Raja Matawang Ini Makin Melonjak, Euro Tersadai Lemah

5,112

Kesuraman dalam pasaran berterusan sehingga ke sesi Eropah, dengan matawang safe-haven terus meraih permintaan daripada para pelabur walaupun selepas menyaksikan data ekonomi China yang memberangsangkan.

Ekonomi kedua terbesar di dunia itu kembali ke tahap pra-pandemik selepas Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China dilaporkan berkembang sebanyak 6.5% pada suku keempat, dan secara keseluruhannya, ekonomi meningkat 2.3% pada tahun 2020.

Matawang euro didagangkan mendatar berikutan pengukuhan US dolar yang disokong oleh permintaan terhadap safe-haven yang meningkat berikutan kebimbangan bahawa pemulihan ekonomi di Eropah akan terjejas selepas Pfizer mengumumkan penangguhan pengedaran vaksin Covid-19 di rantau itu.

Mesyuarat polisi Bank Pusat Eropah (ECB) pada hari Khamis, akan menjadi tumpuan pelabur minggu ini, selain fokus turut terarah pada penerbitan data PMI pembuatan dan perkhidmatan pada Jumaat.

Sementara itu, yen Jepun turut meraih manfaat daripada sentimen pasaran yang tidak menentu dengan mempamerkan pengukuhan berbanding kebanyakan matawang utama, terutamanya matawang sensitif risiko, dolar Aussie dan kiwi.

Penerbitan data ekonomi China yang positif gagal merangsangkan peningkatan dolar Aussie dan New Zealand, malah, kedua-dua matawang itu jatuh lebih rendah dengan masing-masing didagangkan di paras terendah 1 minggu dan 3 minggu.

Dolar Kanada turut didagangkan lemah berikutan US dolar yang menguat, di samping turut terkesan oleh harga minyak mentah dunia yang mencatatkan penyusutan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat