Raja Media Sosial 2021 Adalah Milik TikTok!

485

China akhirnya ‘menjajah’  Amerika Syarikat.

Aplikasi sosial media China, Tik Tok, berjaya mengalahkan gergasi enjin carian Amerika Syarikat (AS), Google, sebagai aplikasi paling popular pada 2021.

Menurut syarikat sekuriti teknologi AS, Cloudflare, TikTok melompat 6 anak tangga dari No.7 pada tahun lepas ke No.1 pada tahun 2021.

Sementara itu Amazon mendahului Netflix menjelang Krismas yang semakin mendekat.

Syarikat tersebut menyatakan trafik internet terus berkembang ekoran pandemik Covid-19 yang memaksa pengguna terus bergantung kepada internet dan aplikasi internet seperti laman web, peranti Internet of Things (TOT) atau aplikasi mudah alih.

Dalam senarai yang dikeluarkan tersebut, TikTok mendominasi ranking pertama yang diikuti oleh Gogle, Facebook, Microsoft, Apple, Amazon, Netflix, YouTube, Twitter dan WhatsApp.

Team INTRADAY.my pernah membincangkan mengenai TikTok yang bakal menguasai sosial media sehingga mengalahkan Facebook.

Video ini telah dimuat naik pada Jun 2020 dan akhirnya pada penghujung 2021, TikTok telah menjadi ‘Raja Media Sosial’!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat