Rakuten Jangka FBM KLCI Akan Capai Paras 1,650 Menjelang Akhir Tahun

293

Rakuten Trade Sdn Bhd tampilkan unjuran indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) bakal mencecah paras 1,650 menjelang akhir tahun ini.

Jangkaan itu berkemungkinan akan disokong oleh pertumbuhan pendapatan yang lebih kukuh selain kemasukan semula beberapa aliran dana asing ke rantau ini.

Menurut Ketua Penyelidik, Kenny Yee mengatakan penilaian positif itu berserta aktiviti-aktiviti memperelok akaun bakal meningkatkan minat pelabur di saat bursa tempatan mempamerkan prestasi suram akibat pergolakan politik dan penularan Covid-19.

Yee juga menjangkakan bahawa sentimen terhadap pasaran tempatan akan semakin stabil setelah langkah kerajaan untuk membenarkan pembukaan beberapa aktiviti perniagaan untuk meningkatkan sentimen terhadap pasaran ekuiti.

Melihat kepada penilaian semasa, pasaran ekuiti Malaysia dilihat antara yang paling murah serta menawarkan diskaun yang ketara dalam kalangan pasaran ASEAN.

Pada 2020, aliran keluar dana asing Malaysia mencatatkan paras tertinggi sebanyak RM24 bilion manakala bagi tahun ke tahun aliran itu berjumlah RM5.9 bilion ($1.4 bilion).

“Meneliti kepada keadaan dan senario semasa, saya tidak menjangkakan terdapat sebarang kecenderungan penurunan berikutnya terhadap pasaran sehingga akhir tahun,” tambah Yee.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat