Rali Tamat! Ekuiti Susut Ekoran Bacaan Data Ekonomi Suram

163

Data di Eropah dan China yang memperlihatkan permintaan melemah di bawah tekanan inflasi menyebabkan ekuiti mengakhiri sesi keuntungan 3 hari, diapit kebimbangan kemelesetan global yang membuatkan pelabur berada dalam mood berhati-hati.

Data tumpuan indeks pengurusan pembelian (PMI) tinjauan ISM menyaksikan aktiviti perkilangan di Amerika Syarikat (AS) pada Julai menurun, namun masih dalam wilayah pengembangan dan sekatan bekalan jangka panjang kelihatan berkurangan.

Selain itu, rantau Eropah dan Asia juga mempamerkan aktiviti perkilangan yang perlahan dan menguncup di sebalik situasi permintaan yang lemah dan tekanan inflasi berterusan.

Rentetan itu, indeks-indeks utama di Wall Street mengakhiri sesi dagangan pada nota rendah dengan sebilangan besar mengundurkan sedikit keuntungan.

Indeks Dow Jones Industrial jatuh 0.14% pada 32,798.4, S&P 500 hilang 0.28% pada 4,118.61 dan Nasdaq Composite turun 0.18% pada 12,368.98.

Indeks STOXX 600 pan-Eropah hilang 0.19% dan tolok MSCI saham seluruh dunia naik 0.06%.

Sementara itu, saham pasaran baru membangun hilang 0.06% tatkala indeks meluas MSCI Asia-Pasifik luar Jepun ditutup 0.11% manakala Nikkei tambah 0.69%.

Menguslas situasi semasa pasaran, Chuck Carlson dari Horizon Investment Services menyatakan pelabur sedang mengikuti perkembangan dan memerhatikan sebarang petunjuk aliran menurun.

Aliran mata wang pula menyaksikan indeks dolar susut 0.47% dengan Euro naik sedikit 0.38% pada $1.0257 sementara Yen Jepun kekal 1.20% pada $131.64.

Penanda aras nota 10 tahun naik 15/32 dalam harga kepada hasil 2.5893% dari 2.642% sementara bon 30 tahun naik 35/32 dalam harga kepada hasil 2.9206% pada 2.977%.

Bagi komoditi, minyak mentah AS jatuh 4.73% pada $93.89 dan minyak mentah Brent turun 3.94% pada $100.03.

Spot emas pula diniagakan naik 0.4% pada $1,771.89.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat