Ramai Mula Menaruh Perhatian Pada Matawang Crypto – Bitcoin Menuju $20,000 Seunit!

915

Reputasi Bitcoin sebagai pelindung nilai inflasi semakin meningkat dalam kalangan pasaran, lantas mendorong harga matawang crypto itu terus melonjak naik. Ethereum yang merupakan matawang crypto kedua terbesar dalam pasaran catat peningkatan lebih daripada 6% kepada $597 per unit pada hari Isnin.

Harga Ethereum walaupun naik ke paras tertinggi sejak pertengahan 2018, namun ia masih lagi jauh daripada paras harga tertinggi sepanjang masa yang pernah dikecapai iaitu pada $1,500 seunit. Harga Ethereum telah meningkat 4 kali ganda sejak Mac berikutan penularan wabak Covid-19. Manakala, antara pesaing terdekat Ethereum, Ripple telah mencatat peningkatan harga dua kali ganda pada bulan November sahaja.

Harga Bitcoin (BTC) telah meningkat dua kali ganda sejak halving ketiga pada Mei lalu. Berdasarkan rekod, BTC telah melonjak 110% sejak halving dengan harga yang mendadak naik dari $8,566 pada 11 Mei 2020 kepada $18,558.

Michael Sonnenshein, pengarah urusan dana crypto menyatakan bahawa beliau yakin Bitcoin adalah langkah seterusnya dalam evolusi wang. Sejak penularan wabak Covid-19, orang ramai lebih memilih untuk berbelanja atas talian dan hal ini berkemungkinan akan menarik lebih ramai orang terhadap matawang Crypto.

Baru-baru ini, Paypal mula beraksi dengan tawaran terbarunya, perkhidmatan jual beli crypto dengan melancarkan perdagangan dan pembayaran crypto secara langsung bagi pengguna crypto yang berkelayakan di Amerika Syarikat (AS).

PayPal akui peredaran zaman yang beransur ke arah teknologi menyebabkan mereka secara berperingkat menerapkan teknologi crypto sehingga ke peringkat global melibatkan 26 juta perniagaan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat