Rampas Pekerja dan Maklumat Sulit Syarikat, Rivian Disaman Tesla

315

Minggu ini Tesla menyaman syarikat pengangkutan elektrik, Rivian, mendakwa firma itu mencuri rahsia perniagaan dan pekerja mereka.

Menerusi saman itu juga, Tesla menamakan empat bekas pekerja mereka iaitu Tami Pascale, Kin Wong, Jessica Siron dan Carrington Bradley atas tuduhan mencuri maklumat sulit syarikat.

Buat masa sekarang Rivian memiliki 2,300 pekerja dan 178 daripada jumlah itu didakwa Tesla merupakan bekas pekerja mereka.

Pihak Tesla menjelaskan bahawa terdapat keraguan dalam keputusan pekerja mereka untuk berpindah kepada Rivian.

Didapati keputusan itu disusuli dengan agenda tersembunyi, mencuri maklumat perniagaan dan maklumat rahsia Tesla, melibatkan maklumat berguna untuk syarikat kenderaan elektrik yang baru ditubuhkan.

Lebih memburukkan keadaan, Tesla mendakwa Rivian menyokong tindakan jenayah itu walaupun sedia maklum dengan amanah pekerja dalam menjaga rahsia syarikat.

Rivian menyangkal dakwaan itu, menyifatkan tuduhan tersebut tidak berasas dan melanggar dengan budaya, etika dan polisi syarikat. Dikatakan pihak mereka akan memastikan pekerja baru tidak mendedahkan maklumat majikan terdahulu ke dalam ekosistem firma itu.

Isu disaman Tesla bukanlah isu pertama. Sebelum ini, Tesla menuduh Zoox, firma kenderaan self-driving pada 2019 dan firma Aurora pada 2017, syarikat kenderaan automatik dengan kedua-duanya disaman atas tuduhan yang sama.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat