• Latest
  • Trending
  • All
  • Tips Matawang
  • Isu Semasa
  • Artikel Umum
  • Kripto
  • Analisa Tajaan
  • Saham
Ramssol Sasar Raih RM25.1 Juta Melalui IPO

Ramssol Sasar Raih RM25.1 Juta Melalui IPO

22 June 2021
Sektor Perkhidmatan Malaysia Catat Lonjakan Hasil 11%

Sektor Perkhidmatan Malaysia Catat Lonjakan Hasil 11%

13 November 2026
Asia Kembali Bergantung pada Minyak Timur Tengah

Asia Kembali Bergantung pada Minyak Timur Tengah

13 November 2026
Pelancong Kini Boleh Tukar Kripto Kepada Baht Di Thailand

Pelancong Kini Boleh Tukar Kripto Kepada Baht Di Thailand

13 November 2026
Emas Sukar Bangkit, Pasaran Jangka Fed Naikkan Kadar

Emas Sukar Bangkit, Pasaran Jangka Fed Naikkan Kadar

13 November 2026
Ramalan BTC & XRP: Data Ekonomi AS Bakal Uji Sokongan Utama!

BTC & XRP Merosot, Pengeluaran ETF Tambah Tekanan Pasaran Kripto

13 November 2026
Ringkasan Pagi: Iran-AS Buntu, Yen Tembus 160 Ketika Fed Beri Isyarat Hawkish

Ringkasan Pagi: Iran-AS Buntu, Yen Tembus 160 Ketika Fed Beri Isyarat Hawkish

13 November 2026
Google Putus Hubungan Dengan Huawei – Ini Kesan Terhadap Pasaran Saham!

Huang Berundur, Minyak Melonjak: Pasaran AS Berdepan Tekanan Berganda

12 November 2026
Jensen Huang Berundur Dari Nvidia Susulan Kontroversi, Masa Depan Nvidia Jadi Tanda Tanya!

Jensen Huang Berundur Dari Nvidia Susulan Kontroversi, Masa Depan Nvidia Jadi Tanda Tanya!

12 November 2026
Kadar Tak Berubah, Risiko Makin Besar: Apa Sedang Berlaku di Eropah?

Inflasi Eropah Cecah 4%, Pasaran Mula Jangka Kenaikan Kadar Tambahan?

12 November 2026
Adakah Bon Malaysia Menguntungkan?

Adakah Bon Malaysia Menguntungkan?

12 November 2026
Kenapa Rakyat Malaysia FOMO Nak Beli Emas?

Kenapa Rakyat Malaysia FOMO Nak Beli Emas?

12 November 2026
Harga Minyak Susut! Pengeluaran Timur Tengah Melonjak

Harga Minyak Susut! Pengeluaran Timur Tengah Melonjak

12 November 2026
  • MOSHED Magic Line
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Advertise With Us
Friday, 13 November 2026
INTRADAY.my
  • Pasaran
    • All
    • Analisa Tajaan
    • Berita Ekonomi
    • Harga Emas
    Emas Sukar Bangkit, Pasaran Jangka Fed Naikkan Kadar

    Emas Sukar Bangkit, Pasaran Jangka Fed Naikkan Kadar

    Ringkasan Pagi: Iran-AS Buntu, Yen Tembus 160 Ketika Fed Beri Isyarat Hawkish

    Ringkasan Pagi: Iran-AS Buntu, Yen Tembus 160 Ketika Fed Beri Isyarat Hawkish

    Kadar Tak Berubah, Risiko Makin Besar: Apa Sedang Berlaku di Eropah?

    Inflasi Eropah Cecah 4%, Pasaran Mula Jangka Kenaikan Kadar Tambahan?

    Adakah Bon Malaysia Menguntungkan?

    Adakah Bon Malaysia Menguntungkan?

    Emas Kembali Merosot, USD Semakin Menguasai

    Emas Kembali Merosot, USD Semakin Menguasai

    Ringkasan Pagi: Rundingan Iran-AS Goyang, Risiko Yen Intervention Kembali

    Ringkasan Pagi: Rundingan Iran-AS Goyang, Risiko Yen Intervention Kembali

    Keyakinan Perniagaan Kecil Jatuh Lagi! Apa Maksudnya untuk Ekonomi A.S.?

    Dari Jenama Mewah Ke Kedai Jimat! Bank of America Dedah Gelombang 2021 Berulang

    Fed, BOE & ECB Beri Isyarat Kenaikan Kadar Faedah

    Fed, BOE & ECB Beri Isyarat Kenaikan Kadar Faedah

    Minyak Merosot, Konflik Iran Belum Reda

    Minyak Merosot, Konflik Iran Belum Reda

    • Sembang INTRADAY
    • Berita Kalendar Ekonomi
  • Matawang
    • All
    • Analisis Matawang
    • Berita Kalendar Ekonomi
    • Tips Matawang
    Ringkasan Pagi: Iran-AS Buntu, Yen Tembus 160 Ketika Fed Beri Isyarat Hawkish

    Ringkasan Pagi: Iran-AS Buntu, Yen Tembus 160 Ketika Fed Beri Isyarat Hawkish

    Ringkasan Pagi: Rundingan Iran-AS Goyang, Risiko Yen Intervention Kembali

    Ringkasan Pagi: Rundingan Iran-AS Goyang, Risiko Yen Intervention Kembali

    Ringkasan Pagi: CPI Panas, Rundingan Iran-AS Masih Buntu

    Ringkasan Pagi: CPI Panas, Rundingan Iran-AS Masih Buntu

    Ringkasan Pagi: Minyak Merosot, CPI AS Jadi Ujian Dolar

    Ringkasan Pagi: Minyak Merosot, CPI AS Jadi Ujian Dolar

    NFP Kukuh Ubah Jangkaan Pasaran. Apakah Langkah The Fed Selepas Ini?

    NFP Kukuh Ubah Jangkaan Pasaran. Apakah Langkah The Fed Selepas Ini?

    Ringkasan Pagi: Minyak Menjunam, Dolar Tertekan

    Ringkasan Pagi: Minyak Menjunam, Dolar Tertekan

    Ringkasan Pagi: Dolar Catat Lonjakan, Minyak Masih Bergejolak

    Ringkasan Pagi: Dolar Catat Lonjakan, Minyak Masih Bergejolak

    Ringkasan Pagi: Minyak Menjunam, Undi AS Jadi Tumpuan

    Ringkasan Pagi: Minyak Menjunam, Undi AS Jadi Tumpuan

    Euro Bangkit Semula, USD Mula Kehilangan Momentum 

    Euro Bangkit Semula, USD Mula Kehilangan Momentum 

    • Analisis Matawang
    • Tips Trading
    • Belajar Trading FREE
  • Kripto
    • All
    • Analisis Teknikal Kripto
    • Asas Kripto
    • NFT
    Pelancong Kini Boleh Tukar Kripto Kepada Baht Di Thailand

    Pelancong Kini Boleh Tukar Kripto Kepada Baht Di Thailand

    Ramalan BTC & XRP: Data Ekonomi AS Bakal Uji Sokongan Utama!

    BTC & XRP Merosot, Pengeluaran ETF Tambah Tekanan Pasaran Kripto

    Apa Nasib Bitcoin & XRP Selepas FOMC Malam Ini?

    Jangkaan Fed Naikkan Kadar, BTC & XRP Terus Dibayangi Risiko

    Paras $80K Jadi Penentu: Mampukah Bitcoin Bertahan Atas Paras $74K?

    Bitcoin Jatuh ke Paras Terendah 3 Bulan, Apa Yang Menekan Pasaran Kripto?

    BTC & XRP Terus Tertekan, Hasil Bon AS Jadi Tumpuan

    CPI AS Lebih Panas, BTC & XRP Terus Diburu Penjual?

    Ramalan Bitcoin & XRP: Ke Mana Arah Seterusnya?

    BTC Gagal Ikuti Lonjakan Wall Street, XRP Menghampiri Paras AS$1

    BTC & XRP Berdepan Tekanan, Momentum Kenaikan Semakin Lemah

    BTC & XRP Kembali Merosot, Apa Puncanya?

    Demokrat Rancang  Buka Siasatan Terhadap Kripto Keluarga Trump

    Demokrat Rancang Buka Siasatan Terhadap Kripto Keluarga Trump

    BTC & XRP Kekal Suram, Pasaran Tunggu Pemangkin

    BTC & XRP Pulih, Adakah Tekanan Jualan Mula Reda?

    • Asas Kripto
    • Analisis Teknikal Kripto
    • NFT
  • Saham
    • All
    • Saham Global
    • Saham Lokal
    Google Putus Hubungan Dengan Huawei – Ini Kesan Terhadap Pasaran Saham!

    Huang Berundur, Minyak Melonjak: Pasaran AS Berdepan Tekanan Berganda

    FOMC Jam 2 Pagi: Anda Faham Apa Yang Pasaran Sedang Tunggu?

    FOMC Jam 2 Pagi: Anda Faham Apa Yang Pasaran Sedang Tunggu?

    Google Putus Hubungan Dengan Huawei – Ini Kesan Terhadap Pasaran Saham!

    Di Sebalik Bedilan Laut Merah: Mengapa Saham Wall Street Masih Kebal?

    Bakar Wang $80 Bilion! IPO Anthropic Bongkar ‘Sisi Gelap’ Perlumbaan AI

    Bakar Wang $80 Bilion! IPO Anthropic Bongkar ‘Sisi Gelap’ Perlumbaan AI

    Google Putus Hubungan Dengan Huawei – Ini Kesan Terhadap Pasaran Saham!

    Saham Teknologi ‘Berdarah’: Nasdaq Jatuh Lagi, Wall Street Masuk Zon Bahaya!

    Ringkasan Pagi: Risiko Geopolitik Kembali Memuncak!

    Ringkasan Pagi: Risiko Geopolitik Kembali Memuncak!

    Ini 3 Tips Para Pelabur Saham Boleh Lakukan Jika Perang Dagang Semakin Tegang!

    Baru Sehari Lepas Rekod 7,800: Dow Jones Tiba-Tiba Jatuh 451 Mata, Mengapa?

    Saham Asia Merosot Ketika Harga Minyak Meningkat

    Saham Asia Merosot Ketika Harga Minyak Meningkat

    Bursa Malaysia Kembali Menghijau, Saham Wajaran Tinggi Jadi Tumpuan

    Bursa Malaysia Kembali Menghijau, Saham Wajaran Tinggi Jadi Tumpuan

    • Saham Lokal
    • Saham Global
  • Umum
    • MOSHED Magic Line
    • Kalkulator Zakat Kripto
    • Berita Ekonomi
    • Isu Semasa
    • Biz
    • Artikel Umum
    • Download Apps
  • E-Kedai
    • Buku ANALISIS FUNDAMENTAL
    • Intraday Label – Merchandise
    • Komuniti #HUSTLE24HOUR
No Result
View All Result
INTRADAY.my
No Result
View All Result
Home Saham Saham Lokal

Ramssol Sasar Raih RM25.1 Juta Melalui IPO

Team INTRADAY by Team INTRADAY
22 June 2021
in Saham Lokal
0
Ramssol Sasar Raih RM25.1 Juta Melalui IPO
4
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare to Whatsapp

Syarikat penyedia penyelesaian dan teknologi pengurusan modal insan tempatan, Ramssol Group Bhd yang bakal disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 13 Julai kelak, menyasar mengumpul RM25.1 juta daripada tawaran awam permulaannya (IPO) untuk membiayai sebahagian daripada pengembangan perniagaannya ke peringkat serantau.

Ramssol berkata, daripada hasil RM25.1 juta itu, kira-kira RM2.5 juta akan digunakan bagi pengembangan perniagaannya ke Filipina.

“Sebanyak RM6.3 juta akan diperuntukkan bagi pengembangan aplikasi mudah alih penglibatan pekerja dalaman, Feet’s serta platform kolaborasi pihak ketiga, Lark di Asia Tenggara.

“Manakala RM4.1 juta akan digunakan bagi perbelanjaan penyelidikan dan pembangunan (R&D), RM7.6 juta bagi modal kerja dan baki RM4.6 juta bagi perbelanjaan penyenaraian,” ujarnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan bersempena dengan pelancaran prospektusnya secara maya hari ini.

Tambah Ramssol, IPO itu melibatkan sejumlah 78.064 juta saham terdiri daripada terbitan awam 55.76 juta saham baharu, yang mana 11.2 juta saham akan diperuntukkan bagi orang awam Malaysia dan 5.6 juta bagi pengarah, kakitangan, sekutu perniagaan Ramssol yang layak dan anak-anak syarikatnya, 38.96 juta bagi tawaran awam bagi pelabur terpilih dan tawaran jualan 22.304 juta saham sedia menerusi tawaran saham persendirian kepada pelabur terpilih.

Menurut laporan Bernama, berdasarkan kepada harga IPO 45 sen, jumlah permodalan pasaran syarikat selepas penyenaraian seharusnya sekitar RM100.37 juta.

Mengenai rancangan pengembangannya ke Filipina, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ramssol, Cllement Tan berkata, syarikat itu telah mengenal pasti ruang kerja bersama di Manila dan perniagaannya akan menumpukan terutamanya untuk menyediakan penyelesaian pengurusan modal insan dan pengurusan pelajar serta aplikasi teknologi pengurusan modal insan.

“Kami menyasar memulakan operasi di sana dalam tempoh 12 bulan selepas penyenaraian,” jelas beliau.

Prospektus tersebut menunjukkan pembukaan pejabat baharu di Manila yang dianggarkan menelan kos RM2.75 juta dalam tempoh dua tahun awal operasi.

Kos itu akan merangkumi pembelian peralatan pejabat, gaji kakitangan, sewa pejabat dan kos pemasaran bagi penyelesaian pengurusan modal insan dan pengurusan pelajar serta aplikasi teknologi pengurusan modal insan, katanya.

Mengenai pengembangan Feet’s dan Lark, Tan berkata, Feet’s ketika ini tersedia di Malaysia dan Indonesia serta syarikat itu berhasrat untuk mengembangkannya ke negara Asia Tenggara lain iaitu di Singapura, Thailand, Indonesia dan Vietnam.

“Bagi Lark pula, kami akan terus mempromosikannya di Malaysia serta di negara-negara berkenaan,” ujarnya.

Prospektus itu menunjukkan sepanjang tempoh empat tahun kewangan lepas yang berakhir antara 31 Disember 2017 dan 31 Disember 2020, hasil Ramssol dijana terutamanya dari Malaysia, Singapura dan Thailand, dengan hasil terkumpul dari negara-negara ini masing-masing sebanyak 93.38%, 95.19%, 90% dan 86.72%.

“Dalam tempoh empat tahun kewangan lepas, hasil kumpulan dijana terutamanya daripada penyediaan penyelesaian pengurusan modal insan dan pengurusan pelajar dengan sumbangan hasil masing-masing sebanyak 82.42%, 81.34%, 91.14% dan 60.59%,” katanya.

Pada tahun kewangan 2020, jumlah aset syarikat berjumlah RM19.8 juta, jumlah liabiliti sebanyak RM13.0 juta, nisbah tahap kadar hutang pada 0.56 kali dan aliran tunai operasi sebanyak RM1.71 juta.

ShareTweetSend

Related Posts

FOMC Jam 2 Pagi: Anda Faham Apa Yang Pasaran Sedang Tunggu?

FOMC Jam 2 Pagi: Anda Faham Apa Yang Pasaran Sedang Tunggu?

by Team INTRADAY
28 October 2026
0

Awal pagi Khamis ini, jam 2.00 pagi, pengumuman FOMC bakal menjadi tumpuan pasaran. Apa yang sedang diperhatikan pasaran, dan bagaimana...

Ringkasan Pagi: Risiko Geopolitik Kembali Memuncak!

Ringkasan Pagi: Risiko Geopolitik Kembali Memuncak!

by Team INTRADAY
12 October 2026
0

Pasaran global memasuki Isnin dengan risiko geopolitik kembali memuncak. Serangan Houthi terhadap Arab Saudi menghidupkan semula kebimbangan gangguan bekalan minyak,...

Bursa Malaysia Kembali Menghijau, Saham Wajaran Tinggi Jadi Tumpuan

Bursa Malaysia Kembali Menghijau, Saham Wajaran Tinggi Jadi Tumpuan

by Team INTRADAY
2 October 2026
0

Bursa Malaysia meneruskan kenaikan pada tengah hari Jumaat, dengan indeks utama disokong oleh aktiviti belian ketika harga rendah dalam beberapa...

FBM KLCI Susut 15 Mata, Saham Bank & Utiliti Tekan Pasaran

FBM KLCI Susut 15 Mata, Saham Bank & Utiliti Tekan Pasaran

by Team INTRADAY
1 October 2026
0

Bursa Malaysia meneruskan penurunan pada tengah hari Khamis apabila tekanan jualan kembali mendominasi pasaran, selari dengan prestasi bercampur pasaran global...

  • Trending
  • Comments
  • Latest
Emas Kembali Merosot, USD Semakin Menguasai

Emas Kembali Merosot, USD Semakin Menguasai

12 November 2026
Emas Sukar Bangkit, Pasaran Jangka Fed Naikkan Kadar

Emas Sukar Bangkit, Pasaran Jangka Fed Naikkan Kadar

13 November 2026
Google Putus Hubungan Dengan Huawei – Ini Kesan Terhadap Pasaran Saham!

Huang Berundur, Minyak Melonjak: Pasaran AS Berdepan Tekanan Berganda

12 November 2026
Asia Kembali Bergantung pada Minyak Timur Tengah

Asia Kembali Bergantung pada Minyak Timur Tengah

0
Sektor Perkhidmatan Malaysia Catat Lonjakan Hasil 11%

Sektor Perkhidmatan Malaysia Catat Lonjakan Hasil 11%

0
Pelancong Kini Boleh Tukar Kripto Kepada Baht Di Thailand

Pelancong Kini Boleh Tukar Kripto Kepada Baht Di Thailand

0
Sektor Perkhidmatan Malaysia Catat Lonjakan Hasil 11%

Sektor Perkhidmatan Malaysia Catat Lonjakan Hasil 11%

13 November 2026
Asia Kembali Bergantung pada Minyak Timur Tengah

Asia Kembali Bergantung pada Minyak Timur Tengah

13 November 2026
Pelancong Kini Boleh Tukar Kripto Kepada Baht Di Thailand

Pelancong Kini Boleh Tukar Kripto Kepada Baht Di Thailand

13 November 2026
INTRADAY.my

2026 © INTRADAY.my ⚡ Sejak Julai 2013.

Media Pasaran Kewangan No. 1 di Malaysia

  • MOSHED Magic Line
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Advertise With Us

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Pasaran
    • Sembang INTRADAY
    • Berita Kalendar Ekonomi
  • Matawang
    • Analisis Matawang
    • Tips Trading
    • Belajar Trading FREE
  • Kripto
    • Asas Kripto
    • Analisis Teknikal Kripto
    • NFT
  • Saham
    • Saham Lokal
    • Saham Global
  • Umum
    • MOSHED Magic Line
    • Kalkulator Zakat Kripto
    • Berita Ekonomi
    • Isu Semasa
    • Biz
    • Artikel Umum
    • Download Apps
  • E-Kedai
    • Buku ANALISIS FUNDAMENTAL
    • Intraday Label – Merchandise
    • Komuniti #HUSTLE24HOUR

2026 © INTRADAY.my ⚡ Sejak Julai 2013.