Rancangan Baharu Huobi Gunungkan Harga Tokennya!

114

Pergerakan harga Huobi Token (HT) berjaya mendaki 7% dalam tempoh 24 jam lalu apabila syarikat exchanger mata wang kripto Huobi Global dilaporkan berhasrat mengembangkan pelaburannnya secara global.

Rentetan itu, syarikat tersebut buat masa ini akan lebih memfokuskan perkembangannya di kawasan Asia Tenggara, Eropah dan tidak dilupakan juga rantau Caribbean yang merupakan hab kripto ekoran mempunyai peraturan pengawalseliaan yang positif serta sistem undang-undang memberangsangkan.

Diperjelaskan lagi bahawa penjenamaannya akan bertukar daripada Huobi Global kepada “Huobi” bagi mencapai matlamat baharunya untuk mencapai kedudukan sebagai tiga exchanger terbesar di dunia.

Malah, Huobi turut akan mengupah lebih banyak lagi tenaga mahir dalam industri blockchain untuk membangunkan HT dan menjadikannya sebagai salah satu usaha penjenamaan semula.

Mengikut penerangan sebelum ini, HT difahamkan telah melonjak 7% pada $4.70 disebabkan pengumuman berikut, namun harganya sama seperti aset digital lain kerana mengalami penyusutan berbanding harga tinggi sepanjang masanya disebabkan krisis FTX.

Sementara itu, pengasas Tron Justin Sun mengakui bahawa beliau merupakan pemegang terbesar HT kerana memiliki berpuluh juta token tersebut yang dikumpulnya sejak tahun 2013.

Sun yang menggalas jawatan sebagai Lembaga Penasihat Global Huobi turut meluahkan keterujaannya untuk bekerja dalam syarikat tersebut dan membaikpulihkan lagi ekosistemnya.

Tambah lagi, beliau juga berkeinginan untuk membangunkan Huobi di tanah airnya jika pengawal selia tempatan mengubah perspektif negatifnya berkaitan kripto.

Setakat semalam, token HT telah mencapai paras $5.25 sebelum mendatar semula pagi ini di sekitar $4.90.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat